SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Tuesday, February 22, 2011

Harga dedak naik lagi!!

Salam kawan2 yang dikasihi sekalian.. bermula minggu nie.. harga dedak akan naik sebanyak RM 2- RM 3. satu guni dedak PKP sekarang dah cecah RM 36. dan harga dedak bagi jenama-jenama yang lain pun naik sama. Yakinlah harga nie akan terus naik dari semasa ke semasa. kalau turun pun mungkin RM 1-RM 2. Pastue naik semuala dan terus naik.

Peh!! pasti penternak yang bergantung penuh kepada dedak nie, kenaikan harga dedak menjadi masalah besar yg memeningkan kepala. nak xnak kena beli jugak, kalau x lembu or kambing nak makan apa??

Alhamdulillan, secara kebetulan dikandang saya hanya menggunakan 1 guni setengah sahaja dedak nie sebulan untuk menampung 70-80 ekor kambing. Selebihnya saya gune hampas soya yang lebih menjimatkan.

So rakan2 sekalian, ape kate anda semua cube dulu hampas soya kami. RM 10 anda dapat lebih kurang 30kg-35 kg hampas soya. jauh lebih jimat. Saya dah cuba hampir setahun ternyata hasilnya kepada ternakan amat baik.

SELAMAT MENCUBA.
Kalau berminat hubungi rahman- 0196874301

Monday, February 7, 2011

2 ekor Pejantan Sudah Di Jual.



baru-baru nie saya ada post iklan dua ekor jantan yang hendak dijual.

1. baka boer.
2. baka kacukan boer,

alhamdulillah, 2 minggu lepas seorang daripada penternak kawasan Melaka tengah dah angkat kambing saya nie...

Mudah2an bakal jadi Pejantan yang bagus....

Memilih Kambing Untuk Diternak

Salam rakan-rakan ternak sekalian. kalau nak pilih kambing untuk diternak..pasti perkara utama yang perlu diperhatikan adalah jenis baka dan saiz tubuh badan yang ok . yang paling utama ialah kesihatan kambing tersebut..
namun begitu terdapat beberapa perkara lain yang saya rasa wajar dipertimbangkan dan diberi perhatian agar ternakan yang dibeli nie mendatangkan nilai komersial untuk perniagaan kite.
kalau saya nak beli kambing...saya suka memilih kambing2 seperti yang berikut:
1. Anak kambing yang berumur 5-6 bulan.
Pastikan anda yakin anak kambing nie boleh membesar dengan kadar yang cepat. macam mane nak tahu kambing nie mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?? tengok pada saiz badan kambing tersebut.. klu kecik2 badan dah gemok semacam jer...selalunyer kambing nie cepat besar.
anak kambing nie selalu dalam harga RM 200-Rm250. korang bela dalam 3-4 bulan dah boleh jual dalam harga RM 300-RM 400. kat situ dah dapat untung runcit., kalau orang xbeli pun, korang xrugi sebab kambing nie mungkin boleh jadi baka pelapis untuk program breeding kat kandang.

2. Kambing betina yang dah ada anak.
bagi penternak yang baru nak bermula menternak, nie kaedah yang boleh memudahkan penjagaan ternakan anak kelak. kalau nak beli, cari kambing ibu yang bersama-samanya ada anak. beli ibu n anak sekali lah. nie disebabkan kita yakin bahawa ibu yang dibeli mampu beranak &tidak mandul. berhati-hati..sesetengah penternak yang tidak bertanggungjawab ada yang jual kambing yang mandul. yang kedua kita yakin bahawa ibu tersebut memang pandai jaga anak. ibu yg ada pngalaman jaga anak selalunya memang pandai jaga anak pada sesi kelahiran yang akan datang. tapi jgn lah cari yang dah tua sangat...

banyak lagi sebenarnye perkara yang perlu diberi perhatian sebelum beli kambing. sy kongsi dua nie dulu. nie pendapat peribadi saya lah.. lain orang, lain pendapat... terpulang pada anda yang membaca.
chow dulu. salam