SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Monday, March 14, 2011

Hikmah Di Sebalik Musibah Kemalangan

Hikmah Di Sebalik Musibah

“Ya Allah!! Jeritaan kecil mengeluarkan kalimah Yang Maha Agung. Terbaring sambil merintih kesakitan, mengharapkan bantuan, terdetik dalam hati betapa hanya Allah tempat mengadu nasib.”

Tepat jam 630 pagi(4/3/2011), seusai solat subuh, saya terlibat dalam kemalangan motosikal dalam perjalanan menuju tempat bertugas. Bahu sebelah kanan patah, kaki terseliuh dan beberapa luka kecil diseluruh anggota badan.

Indahnya Ya Allah disebalik musibah ini. Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Di sebalik musibah pasti ada hikmahnya.

Antara Hikmah Musibah:
1 Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita “terlemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya

2. Allah Ingin Menghapuskan Dosa

Dalam menelusuri kehidupan yang fana’ ini, acap kali kita terlupa bahawa hidup berlandaskan syariat. Acap kali kita lalai dengan melakukan dosa dan maksiat, acap kali kita lalai dengan kematian yang bakal menimpa. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

sebagaimana sabda nabi: ”Senantiasa ujian menimpa lelaki dan perempuan yang beriman pada tubuhnya, harta, dan anaknya, sehingga ia berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala dalam keadaan tidak memiliki dosa.” (HR Ahmad dan At-Tirmidzi).
Juga hadits yang lain yang ertinya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Betapa kerdilnya amalan kita jika dibandingkan amalan Sahabat Nabi kepada Allah. Betapa kita mendambakan syurga yang nikmatnya sangatlah hebat, sedangkan amalan kita hanya sekelumit hati kuman. Betapa kita mengerikan api neraka, sedangkan amalan kita cenderung mencampakkan diri ke sana.
Indahnya musibah apabila Allah menambahkan pahala kepada mereka yang ditimpa musibah dan kemudian mereka bersabar. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai bekalan menuju syurgaNya. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai pelindung mengelak dari api neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda: Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita.

Thursday, March 10, 2011

Tawaran Pembelian Semula Kambing Dara/Jantan


assalamualaikum rakan ternak sekalian.


memandangkan permintaan pasaran kambing yang semakin tinggi. kami memerlukan bekalan kambing untuk menampung keperluan permintaan nie..


kami menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjual kambing dara dan kambing jantan muda kepada kami, boleh terus berhubung dengan alif-0138320455.


harg pembelian :

kambing jantan RM 15 sekilo.

kambing betina dara RM 13 sekilo.


Pembelian secara pukal. kalau boleh lokasi di sekitar melaka jelah.. senang saya nak ambil bawa balik..:)

Wednesday, March 2, 2011

Betina kacukan untuk dijual...Murah RM 270

Jualan langsam sepuluh ekor kambing betina kacukan untuk dijual.
Harga serendah RM 270o untuk sepuluh ekor.

3 ibu
5 dara
2 anak umur 4 bulan.

Jom datang kandang, tengok2 jer dulu. kalau berminat boleh bawa balik.....:)