SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Monday, January 30, 2012

Kemasukan Biri-biri Pelbagai Baka











Alhamdulillah pada bulan 1 nie kami telah membawa masuk hampir 32 ekor biri-biri pelbagai baka di kandang kami. 12 ekor jantan berjaya dijual. Selebihnya adalah betina yang masih dara yang bakal menjadi ibu di kandang nie..

Antara sebab kami membawa masuk baka biri-biri nie ialah permintaan yang semakin bertambah dikalangan penternak lain. Dengan ada pelbagai jenis kambing dan biri2 akan memudahkan lagi pelanggan membeli mengikut pilihan mereka.


secara umumnya, menternak biri2 nie lagi mudah dari menternak kambing biase. xbanyak masalah sangat lah.. cuma biri2 ni makan ada banyak sikitlah berbanding kambing biaser.. tu jer. cara pengurusan nyer lebih kurang same jer...

Cuma saya nasihatkan kalau nak beli biri2 nie cari yang kacukan(besar sikit). memang cepat membesar lah biri2 nie.. xyah tunggu lama sangat..


sekian jelh perkongsian saya. Cape ada maklumat lain, boleh lah kongsi2 kat blog nie.. salam tuan/puan.

Tuesday, January 24, 2012

Salam Tahun 2012

Tak terlambat rasanye nak ucapkan selamat tahun baru 2012. Bertambahnya tahun bermakna semakin berkuranglah tempoh kehidupan kita di dunia yang fana' ni...

so mcm mane dengan produktiviti ternakan rakan-rakan sekalian? hope semakin bertambah maju. Untuk makluman kami pada awal tahun baru 2012 nie, kami baru membawa masuk hampir 20 ekor biri-biri kacukan untuk dibiakkan di kandang nie.. nanti ada kelapangan sy upload gambar.

Diharapkan dalam kesibukkan kita menjalankan aktiviti ternakan kita, jgn pula kita lupa menjalankan aktiviti untuk "ladang akhirat" kita. Betapa kehidupan kita di dunia nie amatlah singkat.

ok wasalam....