Terima kasih atas keprihatinan anda melibatkan diri dalam projek Qurban di Palestin. Penyertaan masih dibuka hingga 5 November 2011.Adakah kita ingin melaksanakan korban pada tahun ini?
Wednesday, November 2, 2011
Program Sedeqah Qurban Palestin
Terima kasih atas keprihatinan anda melibatkan diri dalam projek Qurban di Palestin. Penyertaan masih dibuka hingga 5 November 2011.Adakah kita ingin melaksanakan korban pada tahun ini?
Tuesday, September 27, 2011
Kematian Yang Hadir Tanpa di sangka-sangka.
Pada hari jumaat saya buat comfirmation untuk beli kambing beliau, pada hari sabtu beliau meninggal dunia. mudah-mudahan Allah merahmati beliau.
Kepada yang masih hidup, betapa kehidupan ini amat singkat dan tanpa disangka-sangka kita akan dijemput oleh Allah bertemuNya. Maha benar firman Allah Taala "setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"(3:185). "dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah sampai....."(63:11)
Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian, sedangkan amal yang kita lakukan tidak setara mana.
Kita sibuk mengumpulkan kekayaan dan bekalan di hari tua, namun adakah kita sudah merancang mengumpulkan bkalan untuk meneruskan perjalanan yang kekal abadi. sama-sama kita renungkan......
Thursday, September 15, 2011
Kambing Jantan Muda
Wednesday, September 14, 2011
Kambing Betina Baru Sampai......
Proses Mengumpul Kambing Jantan
Wednesday, August 24, 2011
Salam Ramadhan...Memerlukan bekalan kambing betina.
Agak terlewat nak update blog nie, maklumlah pelbagai urusan yang terpaksa diselesaikan dahulu.
Kami di sini membuka peluang kepada rakan-rakan penternak yang lain untuk menjual dara-dara betina kepada kami. Anggaran umur 5-11 bulan. Maklumlah permintaan kambing dara betina tidak dapat ditampung oleh kami.
Kami mengambil kambing secara harga borong...
sesiapa yang berminat boleh hubungi Alif- 0138320455.
Sunday, June 5, 2011
Kambing Kampung Murah
3 ekor betina dan 2 ekor anak(anak umur 5 bulan). Alhamdulillah, pada 3 hari yang lepas, salah seekor dari kambing betina tue beranak lagi. so jumlah jadi 6 ekor.
sesiapa yang berminat untuk membeli kambing kampung asli nie, boleh lah datang kekandang untuk tengok2 kambing. harga bagi 6 ekor ni hanya RM 1000 sahaja...
jom datng kandang.....:)
Wednesday, May 4, 2011
Kambing Kacukan Betina untuk Di jual.
Tuesday, April 12, 2011
Arnab mix Anggora Cute
Monday, April 4, 2011
Minggu Kelahiran
Monday, March 14, 2011
Hikmah Di Sebalik Musibah Kemalangan
“Ya Allah!! Jeritaan kecil mengeluarkan kalimah Yang Maha Agung. Terbaring sambil merintih kesakitan, mengharapkan bantuan, terdetik dalam hati betapa hanya Allah tempat mengadu nasib.”
Tepat jam 630 pagi(4/3/2011), seusai solat subuh, saya terlibat dalam kemalangan motosikal dalam perjalanan menuju tempat bertugas. Bahu sebelah kanan patah, kaki terseliuh dan beberapa luka kecil diseluruh anggota badan.
Indahnya Ya Allah disebalik musibah ini. Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Di sebalik musibah pasti ada hikmahnya.
Antara Hikmah Musibah:
1 Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.
Adakalanya kita “terlemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.
Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.
Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya
2. Allah Ingin Menghapuskan Dosa
Dalam menelusuri kehidupan yang fana’ ini, acap kali kita terlupa bahawa hidup berlandaskan syariat. Acap kali kita lalai dengan melakukan dosa dan maksiat, acap kali kita lalai dengan kematian yang bakal menimpa. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.
sebagaimana sabda nabi: ”Senantiasa ujian menimpa lelaki dan perempuan yang beriman pada tubuhnya, harta, dan anaknya, sehingga ia berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala dalam keadaan tidak memiliki dosa.” (HR Ahmad dan At-Tirmidzi).
Juga hadits yang lain yang ertinya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Allah swt ingin menambahkan pahala kita
Betapa kerdilnya amalan kita jika dibandingkan amalan Sahabat Nabi kepada Allah. Betapa kita mendambakan syurga yang nikmatnya sangatlah hebat, sedangkan amalan kita hanya sekelumit hati kuman. Betapa kita mengerikan api neraka, sedangkan amalan kita cenderung mencampakkan diri ke sana.
Indahnya musibah apabila Allah menambahkan pahala kepada mereka yang ditimpa musibah dan kemudian mereka bersabar. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai bekalan menuju syurgaNya. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai pelindung mengelak dari api neraka.
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda: Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)
MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita.
Thursday, March 10, 2011
Tawaran Pembelian Semula Kambing Dara/Jantan
Wednesday, March 2, 2011
Betina kacukan untuk dijual...Murah RM 270
Harga serendah RM 270o untuk sepuluh ekor.
3 ibu
5 dara
2 anak umur 4 bulan.
Jom datang kandang, tengok2 jer dulu. kalau berminat boleh bawa balik.....:)
Tuesday, February 22, 2011
Harga dedak naik lagi!!
Peh!! pasti penternak yang bergantung penuh kepada dedak nie, kenaikan harga dedak menjadi masalah besar yg memeningkan kepala. nak xnak kena beli jugak, kalau x lembu or kambing nak makan apa??
Alhamdulillan, secara kebetulan dikandang saya hanya menggunakan 1 guni setengah sahaja dedak nie sebulan untuk menampung 70-80 ekor kambing. Selebihnya saya gune hampas soya yang lebih menjimatkan.
So rakan2 sekalian, ape kate anda semua cube dulu hampas soya kami. RM 10 anda dapat lebih kurang 30kg-35 kg hampas soya. jauh lebih jimat. Saya dah cuba hampir setahun ternyata hasilnya kepada ternakan amat baik.
SELAMAT MENCUBA.
Kalau berminat hubungi rahman- 0196874301
Monday, February 7, 2011
2 ekor Pejantan Sudah Di Jual.
Memilih Kambing Untuk Diternak
namun begitu terdapat beberapa perkara lain yang saya rasa wajar dipertimbangkan dan diberi perhatian agar ternakan yang dibeli nie mendatangkan nilai komersial untuk perniagaan kite.
kalau saya nak beli kambing...saya suka memilih kambing2 seperti yang berikut:
1. Anak kambing yang berumur 5-6 bulan.
Pastikan anda yakin anak kambing nie boleh membesar dengan kadar yang cepat. macam mane nak tahu kambing nie mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?? tengok pada saiz badan kambing tersebut.. klu kecik2 badan dah gemok semacam jer...selalunyer kambing nie cepat besar.
anak kambing nie selalu dalam harga RM 200-Rm250. korang bela dalam 3-4 bulan dah boleh jual dalam harga RM 300-RM 400. kat situ dah dapat untung runcit., kalau orang xbeli pun, korang xrugi sebab kambing nie mungkin boleh jadi baka pelapis untuk program breeding kat kandang.
2. Kambing betina yang dah ada anak.
bagi penternak yang baru nak bermula menternak, nie kaedah yang boleh memudahkan penjagaan ternakan anak kelak. kalau nak beli, cari kambing ibu yang bersama-samanya ada anak. beli ibu n anak sekali lah. nie disebabkan kita yakin bahawa ibu yang dibeli mampu beranak &tidak mandul. berhati-hati..sesetengah penternak yang tidak bertanggungjawab ada yang jual kambing yang mandul. yang kedua kita yakin bahawa ibu tersebut memang pandai jaga anak. ibu yg ada pngalaman jaga anak selalunya memang pandai jaga anak pada sesi kelahiran yang akan datang. tapi jgn lah cari yang dah tua sangat...
banyak lagi sebenarnye perkara yang perlu diberi perhatian sebelum beli kambing. sy kongsi dua nie dulu. nie pendapat peribadi saya lah.. lain orang, lain pendapat... terpulang pada anda yang membaca.
chow dulu. salam
Monday, January 17, 2011
Kambing Kampung Untuk Dijual(Betina)- Kg Tehel
sesiapa yang berminat boleh lah contact2 saya.. nnt saya bawa jumper pakcik tue..
Pejantan Baru.. 50 kg ++
Thursday, January 6, 2011
Kehadiran Kambing Jantan Baru
Jumlah kambing jantan di kandang saya makin bekurang. Cuti sekolah nie Alhamdulillah jualan kambing untuk aqeqah agak baik. So terpaksalah round kandang kawan2 cari kambing jantan. Alhamdulillah ari tue sepuluh ekor kambing jantan kacukan di bawa masuk ke kandang kami.
Untuk menjimatkan kos pengangkutan, saya angkut pakai wira je beb.. dua trip.. ambil kambing di kawasan Melaka jer. InsyaAllah. Kalau ada rezki, kene cari van jugak. Aksi nie jangan tiru k... kalau kene tahan polis, menjawab lah korang.
Tapi dah abis jual minggu lepas sepuluh ekor nie..Kami ingin membeli kambing jantan secara pukal.. sesiapa yang ada kambing jantan kacukan, kampong , boleh contact saya.. kalau kene harga, saya beli. InsyaAllah.
Alif - 0138320455
Rahman - 0196874301