Tuesday, February 22, 2011
Harga dedak naik lagi!!
Peh!! pasti penternak yang bergantung penuh kepada dedak nie, kenaikan harga dedak menjadi masalah besar yg memeningkan kepala. nak xnak kena beli jugak, kalau x lembu or kambing nak makan apa??
Alhamdulillan, secara kebetulan dikandang saya hanya menggunakan 1 guni setengah sahaja dedak nie sebulan untuk menampung 70-80 ekor kambing. Selebihnya saya gune hampas soya yang lebih menjimatkan.
So rakan2 sekalian, ape kate anda semua cube dulu hampas soya kami. RM 10 anda dapat lebih kurang 30kg-35 kg hampas soya. jauh lebih jimat. Saya dah cuba hampir setahun ternyata hasilnya kepada ternakan amat baik.
SELAMAT MENCUBA.
Kalau berminat hubungi rahman- 0196874301
Monday, February 7, 2011
2 ekor Pejantan Sudah Di Jual.
Memilih Kambing Untuk Diternak
namun begitu terdapat beberapa perkara lain yang saya rasa wajar dipertimbangkan dan diberi perhatian agar ternakan yang dibeli nie mendatangkan nilai komersial untuk perniagaan kite.
kalau saya nak beli kambing...saya suka memilih kambing2 seperti yang berikut:
1. Anak kambing yang berumur 5-6 bulan.
Pastikan anda yakin anak kambing nie boleh membesar dengan kadar yang cepat. macam mane nak tahu kambing nie mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?? tengok pada saiz badan kambing tersebut.. klu kecik2 badan dah gemok semacam jer...selalunyer kambing nie cepat besar.
anak kambing nie selalu dalam harga RM 200-Rm250. korang bela dalam 3-4 bulan dah boleh jual dalam harga RM 300-RM 400. kat situ dah dapat untung runcit., kalau orang xbeli pun, korang xrugi sebab kambing nie mungkin boleh jadi baka pelapis untuk program breeding kat kandang.
2. Kambing betina yang dah ada anak.
bagi penternak yang baru nak bermula menternak, nie kaedah yang boleh memudahkan penjagaan ternakan anak kelak. kalau nak beli, cari kambing ibu yang bersama-samanya ada anak. beli ibu n anak sekali lah. nie disebabkan kita yakin bahawa ibu yang dibeli mampu beranak &tidak mandul. berhati-hati..sesetengah penternak yang tidak bertanggungjawab ada yang jual kambing yang mandul. yang kedua kita yakin bahawa ibu tersebut memang pandai jaga anak. ibu yg ada pngalaman jaga anak selalunya memang pandai jaga anak pada sesi kelahiran yang akan datang. tapi jgn lah cari yang dah tua sangat...
banyak lagi sebenarnye perkara yang perlu diberi perhatian sebelum beli kambing. sy kongsi dua nie dulu. nie pendapat peribadi saya lah.. lain orang, lain pendapat... terpulang pada anda yang membaca.
chow dulu. salam
Monday, January 17, 2011
Kambing Kampung Untuk Dijual(Betina)- Kg Tehel
sesiapa yang berminat boleh lah contact2 saya.. nnt saya bawa jumper pakcik tue..
Pejantan Baru.. 50 kg ++
Thursday, January 6, 2011
Kehadiran Kambing Jantan Baru
Jumlah kambing jantan di kandang saya makin bekurang. Cuti sekolah nie Alhamdulillah jualan kambing untuk aqeqah agak baik. So terpaksalah round kandang kawan2 cari kambing jantan. Alhamdulillah ari tue sepuluh ekor kambing jantan kacukan di bawa masuk ke kandang kami.
Untuk menjimatkan kos pengangkutan, saya angkut pakai wira je beb.. dua trip.. ambil kambing di kawasan Melaka jer. InsyaAllah. Kalau ada rezki, kene cari van jugak. Aksi nie jangan tiru k... kalau kene tahan polis, menjawab lah korang.
Tapi dah abis jual minggu lepas sepuluh ekor nie..Kami ingin membeli kambing jantan secara pukal.. sesiapa yang ada kambing jantan kacukan, kampong , boleh contact saya.. kalau kene harga, saya beli. InsyaAllah.
Alif - 0138320455
Rahman - 0196874301