Induk bunting di kumpulkan setempat
Bagi induk yang sudah bunting sekitar 3 bulan ke atas, sebaiknya diasingkan dalam petak berasingan daripada induk yang belum bunting. Pengasingan ini akan memudahkan proses penyelenggaraan semasa atau selepas induk beranak.
Pemakanan hendaklah ditambah secara beransur-ansur . Misalnya, palet yang biasanya diberi dalam kadar 300 gram seekor sehari bagi induk yang belum bunting, ditambah secara beransur-ansur ke 400 g dan seterusnya hingga mencapai 500g seekor, bagi induk bunting. Ini untuk memastikan bekalan zat dalam badan sentiasa cukup agar anak yang bakal dilahirkan sihat dan cergas. Selain itu juga ia dapat mengurangkan risiko keguguran anak kambing.
Pemakanan induk bunting perlu diberi perhatian. Sekiranya diberi suplimen sumber tenaga berlebihan, kemungkinan boleh berlaku overeating disorder (pregnancy toxemia) atau ketosis (terlebih gula). Juga boleh berlaku lebihan lemak menyebabkan induk lemah dan sukar melahirkan anak. Pemakanan harus seimbang. Rumput mestilah segar dan berkualiti
Sebenarnya penjagaan induk bunting taklah rumit mane. Kalau boleh elakkan daripada induk daripada stress(sering diganggu) kerana ia mungkin akan menyebabkan keguguran atau kelahiran anak yang lemah.
No comments:
Post a Comment