SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Sunday, January 31, 2010

Kos Makanan Kambing Naik Lagi...

Salam sejahtera rakan-rakan penternak..

bulan lepas harga untuk makanan ternakan melambung tinggi.. terasa jugaklah walaupun penggunaaan pellet dikandang aku xbyak sangat. selamat lah jumpe sorang member ni dia rekemen kat aku pakai hampas soya yang diambil dari kilang.

apa yang pasti, aku tengok memang jimat.. tumbesaran kambing pun agak agresif.. so bolehlah cube campuran hampas soya ngn pellet kambing.. klu nak info lebih tentang rumusan tue, bolehlah contact aku nanti.. ble lah nak kongsi sikit2 pengalaman yang xseberapa nie.

Kos pemakanan adalah kos utama yang perlu diteliti oleh penternak sebelum memulakan penternakan secara komersil.. skang ni kita tengok macam cendawan tumbuh orang dah mula menternak kambing, tahniah diucapkan.. dan dalam masa yg sama, ramai gak yg tutup kandang.. kebanyakan nye bermasalah daripada kos pemakanan yang tinggi, kes-kes kematian dan macam2 lagilah..

so pandai2 lah nak merancang supaya kos pemakanan dapat dirancang dengan baik......

Tuesday, January 12, 2010

BOER DI KANDANG izzeldeen




ada dalam 20 ekor boer kat kandang aku ni.. tapi kebanyakan baru berumur dalam 8 bulan lebih... purata berat dalam 28 kg keatas..

melahap memang xingat kambing ni... giler kuat.. standard boer lah... makan memang banyak.. sebab tue dia berat. boer ni klu betul2 korang pam dia makan, ble naik sampai 2-3 kilo sebulan..
bergantung pada penjagaan jugaklah.

Dulu aku g kursus, orang cakap susah nak jaga baka boer ni... aku rasa ok jer.. xdelah susah mane pun. same je cam jaga kambing biasa. cuma makan jelah ada lebih sikit... melantak kuat giler.. pape pun bagi aku, if memang kita dah minat ngn kambing, lagi banyak dia makan, lagi seronok kita diwat nyer... bagi lah rumput2 yg sesuai, jgn korang lantak kan dedak jer.. xtahan kos makan beb..

Monday, January 11, 2010

Anak Kambing Untuk di Jual.


Antara anak kambing betina yang ada di ladang kami.


12 ekor anak kambing betina pelbagai kacukan. Ada Kacukan Boer, Kacukan Anglo, Kacukan Jamnapari. Anak kambing cam ni agak laris berbanding yang lain..

Harga : RM 300

Umur : 3 bulan ke atas

Berat : 15 kilo keatas.

Kambing Dara Untuk Dijual


Dara Kacukan Jamnapari: Dua Dari Kanan

ni kambing dara kacukan jamnapari.. cantek beb. Ada dua ekor je lagi.

Harga : RM 450

Berat : 25 Kg keatas.

Umur : 6 bulan lebih sikit.

Jenis : Kacukan Jamnapari.