SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Wednesday, January 31, 2018

Terberanak Pulak Kambing Kampung Ni



Bukan cerita hari ini tapi adalah sebelum ini ada seekor kambing kampung warna coklat gelap ni, kami ingatkan kami nak jual.

Siap dah letak harga bagai, tiba-tiba memangtak sangkalah, alhamdulillah rezeki pula kambing tadi beranak.

Memang kami dah maklum kambing tersebut sudah bunting tapi tak menjangkakan pulak akan beranak secepat ini.

Ini nama nya rezeki Allah bagi tanpa diduga.
Sebab itu, kita sebagai hamba Allah, kita kena yakin yang Allah tak pernah kedekut nak bagi rezeki pada hambanya lebih-lebih lagi kalau hamba Dia memang berusaha baik punye.


Kami kongsi sikit gambar anak kambing yang kami ceritakan tadi .Tak dapat nak snap dari tepi sebab anak kambing ni tak duduk diam.

Sebenarnya, macam tulah kambing-kambing dari ladang kami.
Memang membiak cepat.
Memang produktif la katakan.

Pada pihak yang ada berniat nak mulakan penternakan kambing.
Ladang kami juga ada menyediakan bekalan untuk mereka.

InsyaAllah kami bekalkan kambing yang terbaik untuk anda.

INGAT KAMBING, INGAT SH AGROFARM!!!

Bila ngatkan SH AGROFARM memang ingat kambing dari macam -macam bentuk.
Kami ada                                            ....................................

                     KAMBING GOLEK!!
                    KAMBING DAGING CINCANG!!
            KAMBING UNTUK BEKALAN BISNES!!
            PAKEJ MASAK KAMBING KARI SIAP!!
              HAMPAS SOYA UNTUK KAMBING!!
                     
                      DAN MACAM MACAM LAGI!!!!!

                                   --------------------------------------------------------------------

Sebarang tempahan dan pertanyaan silalah hubungi kami: 
En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301



Tuesday, January 30, 2018

Kambing Golek Baikk!!!

Kalau tengok zaman millenium ni, kambing golek sebenarnya dah memang menjadi-jadi sebagai trend .

Memang dah banyaklah majlis kahwin yang sediakan hidangan kambing golek .

Bukan majlis keramaian sahaja, even family day pun mereka akan tempah kambing golek sedap meleleh ni.

Kalau tengok kambing tu digolek memang meleleh la air liur.

Dengan bau semerbak yang sedap dahsyat tu sampai macam nak menghadap kambing golek itu sorang-sorang sambil letak meja depan abang yang tengah golek kambing itu.

Ambil feel lah katakan...hehehhe

Siapa yang pernah rasa kambing golek makan dengan sos black pepper memang perghhh rasa nak makan banyak kali.

Banyak pelanggan kami yang menempah kambing golek dari kami.
Sampai ada yang tempah lebih dari seekor.
Dan ada juga yang tempah lebih dari sekali.
Memang berbaloi!!!!!!



Kami nak OFFER KAMBING GOLEK RM1400
--------------------------------
Pihak kami turut menyediakan perkhidmatan golek dgn harga serendah RM 1400. 
 

MEMANG MELELEH AIR LIUR BEB!!!!!

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301


Saturday, January 27, 2018

Antara cabaran penternak kambing


Kami setuju dengan pepatah "langit tak selalu indah" sebab kami sendiri melalui saat-saat mendung sepanjang kami menternak. Bukan sekali tapi cukuplah untuk membuatkan kami lebih matang dan redha dalam penternakan kambing ini.

Contohnya, anak kambing yang baru lahir dan kemudian mati untuk beberapa harinya.

Kalau ikutkan perasaan kami mestilah gembira kerana menerima ahli baru dalam kandang kami tapi tiba-tiba sahaja anak kambing tersebut mati. Sedih jugalah kami tapi kami kena redha.

Kadang-kadang ada yang mati sebab kena pijak atau pun tersepit dan ada juga yang mati sebab lain yang tidak diketahui.

Tapi kami muhasabah dalam diri kami bahawa setiap yang hidup itu pasti mati.Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa. Wallahualam.

Cerita lain pula kematian ibu yang baru melahirkan anak
.Dalam gambar ini ialah anak kambing yang kematian ibu.

Dahlah kematian ibu, tak dapat susu pulak tu.
Time tu selamat la kami dikurniakan anak muda yang baik hati meminjamkan@bagi terus botol susu mereka kepada anak kambing itu. Ada juga botol yang kami beli.

Hikmah di sini, dapatlah semai perasaan keibuan dalam diri bila tengok anak kambing tiada ibu ini dan dapat juga kami mendidik bakal peneraju SH Agrofarm supaya berkasih sayang sesama makhluk.Alhamdulillah.
Menyusukan anak kambing di tengah malam

Setakat menyusu guna botol, kami kena pegang botol.

Bayangkan kalau ibu yang hidup tapi belum pandai menyusukan anak .

Kebiasaannya yang pertama kali dapat anak.
Memang kami lah yang kena pegang ibu kambing untuk disusukan kepada anaknya yang baru lahir.

Cabaran lain pulak ialah kambing tersepit di celah-celah kayu kandang.

Macam kami pernah sebut sebelum ini, penambahbaikan dan membaiki kandang yang rosak sangat penting untuk mengelakkan kambing tersepit.

Kalau kambing yang tersekat dibiarkan, kambing tersebut boleh mati kerana kesakitan yanag melampau atau juga patah kaki dan pendarahan yang boleh menyebab
kambing itu lemah.

Yelah, kalau kita manusia pun minta ubat tahan sakit kalau sakit gigi ini kan kalau patah tulang.

Renung-renungkan dan selamat beramal.hehehe

Setakat tersepit tiada masalah sangat jika pada siang hari tapi bayangkan kalau pada tenghah malam pukul 2 ke 3 pagi. Bayangkanlah dengan angin sepoi bahasa dan mata yang berat mengantuk.

Inilah cabaran bila menternak.

Bukan setakat campak makanan dan air sahaja.

Lepas itu biarkan dan kita pun masuk rumah tidur ke buat rutin kita seperti biasa tapi menternak kambing ini memerlukan pemerhatian yang teliti.

Penternak yang bijak ialah penternak yang dapat mengatasi setiap masalah dalam dunia penternakan tetapi penternak yang betul-betul bijak apabila menjadikan penternakan kambing itu sendiri
sebagai medium untuk melatih diri menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan bersyukur.


Jadi, sebarang tempahan kambing akikah/korban, sila hubungi 
En Alif 013 7777954
En Rahman 019 687 4301

Thursday, January 25, 2018

Kari Kambing Kaww Punye!!!



Hari ini kami nak share lauk tengahari yang dahsyat the best sangat.
Teka la apa yang bestnya..??

Akak kita hari ini masakkan KARI KAMBING.

Masa tengah masak, memang bau habis satu rumah sampai ada yang sampai kena tutup pintu bilik.

MEmang mengancam bau kari kambing kakak kita hari ini.


Bukan selalu makan kari kambing tapi kalau dapat makan memang terliur lah air liur.

Kena masak nasi putih lebih sikit ni.
Nanti tak cukup pula.
Masing -masing berselera makan.

Lebih-lebih lagi daging kambing khas dari ladang kami memang makin mengancam la kari hari ini.

Keistimewaan masakan kari kambing sebenarnya bergantung pada pes kari nya.
Setiap individu mempunyai resepi yang tersendiri dan keistimewaan yang tak semua orang ada.

Jika ada yang teringin dan berminat dengan masakan dari SH Agrofarm, boleh lah tempah.

Sebab kami ada servis masakan siap kari kambing.

Ramai juga sebenarnya buat kari kambing untuk majlis akikah.

Tempah sahaja kambing dari kami dan kami akan masukkan sekali harga THE BEST untuk anda nanti.

Sebarang tempahan sila hubungi :
En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301

Hampas Soya Untuk Kambing Kami



Masa awal-awal kami menternak, kami hanya menggunakan dedak, daun sawit dan beberapa bahan lagi untuk diberikan pada kambing kami.

Selepas beberapa bulan, kami cuba menggunakan HAMPAS SOYA dalam pemakanan kambing kami dan ternyata hasil nya memang puas hati.


Mula-mula cuba tu macam ragu-ragu jugaklah sebab dengan bau yang bukan macam air kotak YEOS soya tu(seperti semua maklumla terutama yang menggunakan soya untuk menternak kambing).

Tapi bila pertama kali letak dalam palong makanan kambing, memang berebut-rebut la kambing kami menjamu.

Kira kalau ikutkan macam kita ni dapat sambal belacan dengan sambal tempoyak.Mungkinlah sesuai perbandingan kami.

Selepas beberapa minggu menggunakan hampas soya ini, nampak perubahan pada kambing kami memang ketara.

Memang jelas saiz dan berat kambing meningkat lebih daripada biasa semasa kami gunakan bahan selain soya. 

Mana taknya, kandungan protein dan carbohydrate dalam hampas soya memang tinggi.

Usha la sendiri kambing yang kami ternak memang gemuk dan sihat. Nak datang melawat mehla tengok sendiri stok hampas soya dan lain-lain lagi.


Apa lagi, kalau nak kmbing GEMUK dan SIHAT untuk dibuat AKIKAH/KORBAN, hubungi terus pada nombor yang berikut:
En Alif : 013 7777 954
En Rahman : 019 687 4301

Tuesday, January 23, 2018

Bekalan Benih Napier

Abang kita sedang gigih menggali longkang

 Daripada gambar, memang nampak jelas petugas kami sedang membuat longkang.Tapi untuk apa???

Sudah pastilah untuk rumput special kami iaitu rumput napier.

Kerjasama kena kuat dalam ladang
Kalau kebiasaannya orang nak tanam sayuran atau pokok, kita akan buat batas, tapi untuk napier ini istimewa sikit sebab kami kena buat longkang.

Lihat pada gambar, kami menanam napier di kawasan yang lapang dan memang sebelum ini kami tanam napier.

 Kawasan ini dikira penanaman semula selepas napier yang lepas disemai sampai licin.

Memang mudah sebenarnya nak tanam napier ini.

 Bayangkan kalau rumput yang dekat belakang rumah boleh tumbuh sendiri tanpa dibaja atau disiram begitu juga dengan napier ini. Almaklumlah, napier pun sebahagian daripada keluarga rumput.

Lagilah segar-bugar dan menghasilkan nutrien yang tinggi jika dibaja dan dijaga. Untuk kambing yang berKUALITI, apa-apa shaja kami sanggup.

Susunan kena memanjang supaya cantik tersusun
Cuba tengok gambar yang ketiga. Selepas selesai membuat longkang, kami susun benih napier dalam longkang secara memanjang.

Kemudian kami akan timbuskan dan membaja menggunakan baja semula jadi iaitu tinja kambing.

Mudah bukan?? Selepas itu tunggulah untuk disemai dalam 3 ke 4 minggu.

Setiap apa yang kami lakukan di ladang kami memang kami lakukan untuk memastikan kambing-kambing kami mendapat bekalan makanan yang berkhasiat.

Jika ada sesiapa yang berminat nakkan benih napier ke atau tinja kambing, boleh je terus hubungi nombor yang kami selitkan bawah nanti

Nak tanya sebarang isu mengenai napier ke kambing AKIKAH.KORBAN ke atau tinja kambing pun insyaAllah kami akan layan anda.

Macam biasa lah. Ingat Kambing ingat SH Agrofarm!!!! kerana kami menyediakan kambing AKIKAH/KORBAN   dengan harga memang TAK PERCAYA mulai RM59khas untuk pelanggan kami.

Bukan seorang atau dua orang sahaja yang berpuas hati dengan SERVIS TIPTOP kami tapi tidak dapat dibilang dengan jari tangan termasuk jari kaki.

Silakan untuk Hubungi:
 EN Alif (013 7777 954)
En Rahman 019 687 4301






Woww...Padatnya Kandang!!



Padatkan kandang kami!Memang menjadi kebiasaan kandang kami padat dipenuhi bilangan kambing yang banyak.

Kami akan borong habis kambing bebiri mahupun kambing kampung untuk memenuhi permintaan dari pelanggan yang tidak putus-putus.

Kadang-kadang apabila kekurangan stok kambing, kami akan cari sampai kami jumpa stok kambing untuk memenuhi permintaan kami yang inginkan kambing untuk AKIKAH/KORBAN.


Jangan risau, yang tiada akan kami adakan.InsyaAallah!!

Sebab itu, kandang kami pada asalnya hanya sebuah kandang yang kecil dengan bilangan bilik dalam lingkungan 5 bilik dan sekarang alhamdulillah kami dapat perbesarkan lagi menjadi sebuah ladang yang mempunyai berpuluh-puluh bilik untuk muatan kambing yang sentiasa bertambah.

Kami tekankan betapa pentingnya bila menternak, penyediaan ruang yang secukupnya dan persediaan untuk masa hadapan .

Hal ini kerana ia menjadi eleman yang wajib jika kita merancang untuk maju pada masa hadapan kelak.InsyaAllah.

Sebab itulah kambing dari SH Agrofram adalah kambing yang TERBAIK untuk pilihan anda kerana kami sentiasa berusaha untuk memenuhi pelanggan kami.

Tak perlu tunggu dan ragu-ragu.
Dail sahaja nombor berikut untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.
En Alif (013 7777954)
En Rahman (019 687 4301)









Monday, January 22, 2018

Efektif Mikroorganisma Hilangkan Bau


Pembinaan kandang kambing yang tinggi dari bawah tanah sangat penting untuk memastikan pengudaraan yang baik dan penyediaan ruang untuk tinja kambing sebelum tinja tersebut digunakan untuk penanaman napier.

Pengudaraan yang baik dapat mengelakkan pencemaran udara dan dapat mengelakkan haba atau wap panas naik ke atas yang menyebabkan ketidakkeselesaan kepada kambing

Apabila bercerita mengenai pencemaran udara,  gas metana yang datang dari tinja kambing akan meresap ke dalam udara dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau ini boleh tersebar ke persekitaran terdekat dan menyebabkan gangguan kepada jiran-jiran terdekat.

Kami memilih EFEKTIF MIKROORGANISMA(EM) sebagai solusi kepada masalah bau ini.

EM ini menggunakan teknologi gabungan beberapa jenis mikroorganisma yang bertindak untuk membendung penghasilan gas metana ini.

Petugas kami akan menyembur EM ini di persekitaran ladang kami dan kadang-kadang kami menggunakan EM ini di kawasan tanaman napier kerana EM juga banyak kegunaan pada kesuburan tanah.

Teknologi asal daripada Jepun ini sebenarnya telah menyumbang banyak dalam dunia penternakan dan agrikultur.

Alhamdulillah, sepanjang kami menternak bebiri dan kambing kampung, kami tidak pernah mendapat aduan daaripada penduduk setempat.

Sedikit sebanyak EM ini sebenarnya banyak membantu dalam menghilangkan bau yang kurang sedap ini  ditambah pula dengan penjagaan persekitaran di kawasan kandang kami.

Persekitaran yang baik sebenarnya antara faktor yang penting yang kami ketengahkan kerana kami ingin menghasilkan kambing-kambing yang SIHAT membesar dalam persekitaran yang TIPTOP.

Kerana itulah penting jika anda memilih kambing dari ladang kami kerana kami memang berusaha  yang TERBAIK untuk kepuasan pelanggan kami.

Dapatkan kambing samada untuk dibuat AKIKAH/KORBAN yang THE BEST dari ladang kami dan terus hubungi :
En Alif (013 7777 954)
En Rahman (019 987 4301)





Saturday, January 20, 2018

Lawatan Pelajar Universiti Ke SH Agrofarm


Setiap tahun, ladang kami akan menerima kunjungan daripada beberapa buah universiti awam seperti UITM Lendu, USIM ataupun UKM Bangi.

Kebiasannya tujuan kunjungan mereka adalah sebagai projek berkumpulan yang ditugaskan oleh pihak universiti untuk menemu-ramah mengenai modus operandi syarikat kami.

Semasa berkongsi pengalaman kami kepada pelajar-pelajar ini, sebahagian daripada mereka menyatakan kehadiran mereka ke ladang kami telah menyuntik semangat mereka untuk terus menimba ilmu dan maju dalam kos 'business agriculture' ini .

Alhamdulillah, walaupun tidak menyumbang banyak tapi kami berharap sedikit perkongsian daripada kami dapat menjadi titk penolak kepada kejayaan mereka kelak.InsyaAllah.

Antara pelajar-pelajar UA yang menemu-ramah pengurus kami En Alif
Dalam memulakan perniagaan sesuatu bidang, ilmu dan pengalaman sebenarnya tersangatlah penting.

Bagi pendapat kami, tiada istilah "TRY & ERROR" dalam dunia berbisnes ini terutamanya bidang penggembalaan kambing ini.

Hal ini kerana, dalam berbisnes persediaan dan perancangan yang rapi menjadi penentu samada kita boleh berjaya atau tidak.

Kami merasakan bahawa amat wajar apabila sesetengah anak bangsa kita memilih untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang  bisnes, pertanian mahupun penternakan kerana mereka memilih untuk menceburi bidang yang dapat membuka mata mereka untuk memulakan bisnes terutamanya dalam penternakan mahupun perladangan.

Selepas mereka sudah menamatkan pengajian, graduan ini akan lebih berkeyakinan untuk menggenggam "THE FLOATING OPPORTUNITIES" dalam dunia berbisnes ini.




Seperti syarikat kami, kami memilih untuk memastikan pelaksanaan bisnes kambing AKIKAH ini dimulakan dengan nawaitu yang betul beserta ILMU  yang mencukupi demi mendapatkan kualiti kambing AKIKAH/KORBAN yang THE BEST dan memenuhi keperluan pelanggan.

Dapatkan kambing AKIKAH/KORBAN TERMURAH mulai RM590 dari kami dan terus hubungi:
 En Alif -013 7777 954
En Rahman 019 687 4301







Friday, January 19, 2018

Tempahan dan Penghantaran Ke Tanjung Minyak




Alhamdulillah, selesai pagi ini penghantaran daging kambing cincang ke Tanjung Minyak.

Kami bergerak seawal 7.00 pagi untuk memastikan tempahan pelanggan kami tiba pada masa yang diinginkan.

Pelanggan kami pada kali ini membuat tempahan daging kambing yang dicincang sebanyak 2 ekor dan akan mengadakan majlis AKIKAH dirumahnya.

Semoga perjalanan majlis akikah berjalan dengan lancar dan semoga mendapat anak yang menjadi penyejuk mata.


CEPAT!!! CEPAT!!! Stok kambing kami LAKU KERAS
dan mendapat permintaan yang banyak setiap minggu.

Kami juga akan memastikan restock kambing AKIKAH/QURBAN dengan segera untuk memenuhi dan mencukupkan permintaan pelanggan kami.


Nyatakan sahaja lokasi rumah anda, insyaAllah kami akan tiba di depan rumah anda beserta daging kambing yang ditempah.

Kami merasa senang hati melihat pelanggan kami berpuas hati dan THUMBS UP dengan servis yang kami sediakan.

Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk daging kambing samada CINCANG, GOLEK mahupun pakej MASAK KARI siap.

Sebut sahaja pilihan tempahan anda dan kami akan pastikan pelanggan kami SENYUM SAMPAI TELINGA.


Tempah dengan segera kambing untuk AKIKAH/QURBAN daripada ladang kami dengan harga yang MUSTAHIL NAK PERCAYA dan terus hubungi :

En Alif (013 7777 954)
En Rahman ( 019 687 4301)



Persediaan Untuk Kambing Baru

Petugas dari ladang kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan palong makanan baru untuk menerima kemasukan kambing-kambing baru nanti.

Penyediaan palong adalah sangat penting supaya dapat  mengurangkan persaingan antara kambing-kambing semasa memberi makan di dalam kandang.

Setiap hari kami akan memberi makanan kepada kambing di ladang mengikut masa yang telah ditetapkan.

Semasa memberi makan, kami akan memerhatikan supaya semua kambing mendapat makanan secukupnya.

Jika kami perhatikan setiap kumpulan kambing mempunyai kambing yang dominan dan ada juga yang dimonopoli.

Dimonopoli yang dimaksudkan kami adalah apabila kami sedang memberi makanan, kambing yang lebih besar dan agresif akan makan bahagian mereka dan apabila sudah habis, kambing yang agresif ini akan memakan bahagian kambing yang lebih kecil dan pasif.

Penyediaan palong yang secukupnya memainkan peranan yang penting jika mahukan kambing yang GEMUK  dan SIHAT.

Setiap hari, kami akan memastikan palong yang tersedia ada pula dalam keadaan baik. Jika terdapat palong yang sudah rosak, kami akan membaikinya.

Sebab itulah walaupun hanya palong makanan tetapi peranannya sangat penting dalam menghasilkan kambing yang TERBAIK untuk pelanggan kami.

Dapatkan sekarang kambing dari kami samada untuk dibuat AKIKAH, GOLEK atau MASAK SIAP KARI pun boleh. Semuanya atas permintaan anda sahaja dan hubungi :
En Alif : 013 7777 954
En Rahman : 019 687 4301



Wednesday, January 17, 2018

Prosedur Penanaman Napier


Untuk menghasilkan kambing yang BERKUALITI dan SIHAT,  penjagaan yang rapi dari segi pemakanan, tempat tinggal dan pemerhatian susulan memainkan peranan yang penting.

Seperti kambing-kambing dari ladang kami, kami memilih untuk mempelbagaikan jenis makanan supaya kambing kami mendapat nutrien yang secukupnya.

Salah satu tumbuhan yang kami kisar dan campurkan beserta makanan lain ialah daun napier.

 Daun napier ini merupakan sejenis rumput yang diimport dari Australia juga dikenali sebagai Pennisctum Purpureum. Daun ini mengandungi protein yang tinggi dan sekaligus memberi manfaat pada proses pertumbuhan daging.

Ladang kami mempunyai kawasan yang kami tanam khas untuk penanaman daun napier ini. Penanaman daun ini tidak memerlukan modal dan tenaga yang banyak malah daun ini banyak menjimatkan kos pemakanan kambing kami.

Di sini kami suka untuk berkongsi tentang prosedur yang kami lakukan untuk penebangan beserta penanaman napier dan memastikan kesegarannya.

1.Daun napier yang segar dan tersedia ada akan ditebang mengikut kuantiti yang diperlukan. Kami akan memotong setinggi mana bahagian kerasnya kerana bahagian yang diperlukan hanyalah bahagian yang lembut sahaja.

2 Apabila sudah di ambil bahagian napier yang segar dan lembut, bahagian bawahnya akan kami mesin untuk menanam yang lain.


3. Selepas mengemaskan kawasan tersebut, kami akan menabur tinja kambing khas  dari bawah kandang kambung kami untuk memastikan kesuburan tanah.

4.Kemudian, pertumbuhan daun napier yang seterusnya mengambil masa selama 3 ke 4 minggu. Barulah boleh ditebang untuk bekalan makanan kambing kami.



Jadi...sebarang pertanyaan atau berkeinginan mendapatkan kambing yang THE BEST dari ladang kami atau sebarang tempahan samada untuk digolek,cincang atau siap masak kari, sila hubungi:

En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301

Monday, January 15, 2018

Baka Kambing Jantan Terbaik

Ladang kami menggembala kambing majoritinya BEBIRI dan menjadikan kambing KAMPUNG sebagai penghuni yang minoriti.

Untuk menghasilkan sekumpulan kambing yang BERKUALITI dan TERBAIK, kami memerlukan penjantan yang memenuhi kriteria yang diinginkan.

Pemilihan kambing penjantan bergantung pada tujuan penggembalaan kambing.

Terdapat jenis penjantan yang diperlukan untuk menghasilkan jenis kambing yang menghasilkan susu yang banyak atau daging yang padat ataupun juga  bulu yang banyak untuk dibuat benang atau pakaian.

 Seperti ladang kami, fokus kami adalah kambing yang menghasilkan daging yang PADAT dan GEMUK.

Hal in kerana, bisnes utama ladang kami adalah untuk membekalkan daging yang berkualiti untuk dicincang, golek atau sebagai bekalan baka bagi yang berkeinginan untuk memulakan perniagaan kambing.

 Jadi ia amatlah penting untuk kami memastikan baka kambing kami daripada baka yang dapat menghasilkan mutu yang TIPTOP !!! 

Kami akan mendapatkan penjantan yang mempunyai ciri-ciri yang THE BEST dari segi daging dan pertumbuhan yang baik kerana faktor ini memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan anak-anak kambing yang memenuhi kepuasan pelanggan kami.

Sebab itulah proses mengawankan kambing betina yang sudah matang dengan penjantan yang MASKULIN memerlukan perancangan yang rapi.

Dapatkan dengan segera kambing yang MASKULIN dan SADO dari ladang kami.

Bolehlah terus hubungi :
En Alif (013 7777 954)
En Rahman ( 019 687 4301)


Ibadah Akikah


Sudah menjadi lumrah jika setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga menginginkan anak sebagai penyeri kehidupan.

Lihat sahaja di sekeliling kita, terdapat pasangan yang baru sahaja berkahwin terus mendapat berita gembira akan bakal kehadiran si bayi .
Terdapat juga pasangan yang tunggu bertahun-tahun menanti berita gembira itu.

Sebab itulah, apabila kita menyambut kelahiran anak yang tercinta, kita akan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.

Dengan melakukan ibadah akikah, kita berpeluang menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kita.

Meh kami mahu kongsikan serba sedikit mengenai ibadah akikah itu yang dipetik dari telegram ustaz al-rais.

"Secara literal, maksud aqiqah ialah memutuskan.

 Daripada sudut syara’, maksudnya ialah menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah.

 Hukum aqiqah adalah khilaf di kalangan ulamak.
 Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat).
 Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.

Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. 

Majoriti menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 



Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadis, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor kambing sahaja.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. 
Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. 
Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. 
Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.."
#copypaste dari telegram ustaz al-rais

Jika tuan/puan menginginkan kambing akikah dari harga serendah RM590 dan berkualiti BAIK, insyaAllah terus hubungi :

En Alif (013- 7777 954)
En Rahman (019-687 4301)

Sunday, January 14, 2018

Servis Penghantaran Khas


Assalamualaikum wbt.

Hari ini, alhamdulillah kami telah menghantar daging kambing yang dicincang kepada MADRASAH di sekitar bandar JASIN. Daging kambing tersebut adalah pemberian daripada pelanggan kami yang berniat untuk berkongsi apa yang mereka ada.

 Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberi peluang kami menjejakkan kaki ke kawasan madrasah tersebut. Tak disangka, ramai juga pelajar-pelajar madrasah di sekitar Jasin.

 Sepanjang pengalaman kami dalam perniagaan menjual kambing ini, banyak juga pelanggan kami yang memilih untuk MENGINFAKKAN sebahagian yang mereka ada untuk dihadiahkan kepada rumah anak yatim serta madrasah-madrasah yang berdekatan.

Adalah satu perkara yang disukai oleh Allah apabila hambaNya memilih untuk membelanjakan harta dan jiwanya kepada perkara kebaikan insyaAllah dengan memastikan niat ibadah kerana Allah semata-mata.

Demi menjaga dan memenuhi hajat pelanggan, kami juga menyediakan SERVIS PENGHANTARAN KHAS!!!  daging kambing yang dicincang ke tempat yang kami sebutkan seperti diatas.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan memasak di mana daging yang dicincang akan terus dimasak dan dihantar siap ke rumah pelanggan.

PAKEJ MEMASAK yang disediakan amat berbaloi dan rata-rata pelanggan kami berpuas hati dengan masakan tersebut.

Antara menu yang diseiakan ialah KARI kambing, ACAR DARAT dan lain lagi mengikut permintaan anda.

Selain memasak, tak lupa juga kami menyediakan khidmat KAMBING GOLEK bagi mereka yang ingin membuat tempahan semasa MAJLIS KAHWIN atau FAMILY DAY.  
Insyaallah tenaga kami adalah TIPTOP. Pasti tidak mengecewakan.

Jangan ragu-ragu untuk menempah kerana kami akan cuba sedaya kami untuk memastikan bekalan yang secukupnya untuk pelanggan kami.

Yang tiada insyaAllah kami akan adakan dengan memikirkan pelbagai alternatif demi KEPUASAN anda.

InsyaAllah...pada pelanggan yang mmpunyai HAJAT yang sama atau inginkan kambing AKIKAH!!!. boleh terus hubungi :


En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301

Friday, January 12, 2018

LABOUR ROOM KAMBING....

KAMBING BETINA YANG SEDANG BUNTING
 Pembinaan kandang kambing memerlukan perancangan yang teliti dan PENYEDIAAN RUANG yang SELESA untuk mengasingkan setiap kumpulan kambing-kambing yang ada.

Dalam ladang kami, terdapat kumpulan kambing jantan, betina yang bunting, anak-anak kambing yang masih kecil dan terdapat juga yang sudah mampu berdikari serta kambing dara yang diperlukan untuk perbanyakkan lagi kuantiti kambing yang tersedia.

Pengasingan setiap kumpulan kambing ini penting atas beberapa FAKTOR dan mengikut keperluan tersendiri.

LABOU ROOM YANG DIMAKSUDKAN
Sebagai contoh, ladang kami mengasingkan kambing betina yang bunting di dalam ruang yang khas yang kami labelkan sebagai LABOUR ROOM kerana kambing yang BUNTING memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan susulan dari hari ke hari.

Hal ini kerana, kambing-kambing ini BERISIKO mengalami masalah keguguran, anak kambing yang mati di dalam kandungan dan kesulitan semasa proses melahirkan anak seperti tersekat.

Ruang yang khas diperlukan supaya pengurusan kambing ini lebih EFFEKTIF samada semasa bunting atau selepas melahirkan anak kambing.

Selain itu, kambing betina yang bunting memerlukan NUTRISI dan keperluan yang KHAS.

Dengan pengasingan ini, mudah bagi kami untuk membekalkan kambing ini dengan makanan yang mencukupi dengan kuantiti berdasarkan bilangan kambing yang terdapat dalam ruang tersebut dan kami dapat memberi makanan yang kami gaulkan khas dengan NUTRIEN TAMBAHAN.

Cepat!!Cepat!!Jangan lambat-lambat.... Dapatkan kambing akikah TERBAIK DARI LADANG kami dan terus hubungi dalam talian :
Encik Alif 013 7777 954
Encik Rahman 019 687 4301


Thursday, January 11, 2018

Sawit as ADD ON Untuk Kambing Kami!!!

Mempelbagaikan campuran bekalan makanan untuk kambing adalah penting untuk menghasilkan mutu produk yang BERKUALITI.

Setiap hari, menjadi rutin kami untuk turun ke dalam kawasan kelapa sawit untuk memilih daun kelapa sawit yang segar menghijau untuk diberikan kepada kambing di ladang.

Alhamdulillah, lokasi ladang kami agak STRATEGIK kerana berdekatan dengan ladang kelapa sawit dan ini memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan daun sawit untuk kambing kami.

Selain daripada campuran soya dan dedak yang tersedia, bekalan daun kelapa sawit ini penting untuk memastikan kambing dari ladang kami mendapat makanan yang SECUKUPNYA dari segi kuantiti dan kualiti.

Sebab itulah, kambing dari ladang kami adalah yang THE BEST untuk akikah atau untuk sesiapa yang ingin memulakan penternakan kambing  kerana kami sangat berdedikasi dan teliti dalam memastikan kepuasan pelanggan mendapatkan kambing kami.

Apa yang penting adalah kambing yang kami bekalkan mencukupi syarat untuk ibadah AKIKAH dan KORBAN.

HARGA MAMPU MILIK!!! Bermula daripada RM590.....


Apa tunggu lagi?? Dapatkan kambing akikah TERBAIK dari ladang kami dan hubungi :
-En ALIF 013 7777 954 
En. Rahman 019-687-4301
Lokasi : Kampung Kemengkang, Jasin, Melaka.


Wednesday, January 10, 2018

Kambing Akikah Dengan Harga Merecik!!


Meh melawat dan usha ladang kami yang menyediakan kambing untuk akikah insyaAllah dengan HARGA TERBAIK untuk kepuasan pelanggan.
 Keutamaan penggembalaan kami tertumpu pada kambing BEBIRI tapi kami ada juga menyediakan kambing KAMPUNG  mengikut kehendak customers.
Untuk memudahkan pelanggan, kami juga menyediakan servis 'THE BEST' sembelih ,cincang dan golek.
Kami akan sentiasa update dengan pelbagai harga promosi MUSTAHIL NAK PERCAYA terutama untuk AKIKAH..bolehlah keep update page kami!!
Bagi memastikan kualiti yang TERBAIK, kami memastikan setiap penjagaan dan pengurusan kambing-kambing  dalam keadaan yang memang DAHSYAT 'SUPERB'.

Jaminan SENYUM SAMPAI TELINGA dengan SERVIS TIP TOP untuk anda sepanjang  berurusan dengan kami..!!

Tak perlu ragu-ragu ke rasa TAK PERCAYAboleh terus tekan 'keypad' telefon bimbit dan hubungi -
-Rahman 0196874301
                                -Lokasi Kg kemengkang, Jasin.