SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Thursday, December 2, 2010

Susu Alternatif Untuk Anak Kambing..


Sebelum nei saya ada post berkenaan kambing yang beranak kembar empat.. of course lah isu yang timbul masalah susu xcukup..
So ari tue adalah pergi jabatan veterinar . cadang nak beli susu untuk anak kambing. yang RM 15 sekilo tue.. pegawai kat situ cadanglkan saya wat susu untuk anak kambing nie sendiri. menjimatkan dan berkhasiat berbanding susu yang beli nie. pegawai ni tunjukkan cam ner nak wat rumusan untuk baby kambing nie..
Campurkan
1) 1 liter air
2) 2 KUNING telur(yang putih telur tue ko makan)
3) 1 sudu madu
4) 100 gram susu tepung
(dutch lady, everyday, or susu tepung yang lain. Anlene x digalakkan sebab sesuai untuk nenek kambing jer.hehe. bukan baby kambing.)
Tapi kadang2 saya ejas sendiri lah rumusan tue.. kurangkan susu sikit, maklumlah nak jimatkaan kos...
saya bagi shari 4 kali untuk anak kambing yang baru lahir nie.. bile dah agak besar sikit, kurangkan pada 3 kali. so far saya guna rumusan nie , kambing ok jer(sebab belum ada yang mati keracunan lagi)

Wednesday, November 24, 2010

Kambing Beranak Kembar Empat




Alhamdulillah. baru2 nie kandang kami menerima kelahiran anak kambing kembar empat.

Jarang2 kelahiran kembar empat jadi kat kandang nie.
Sekadar perkongsian... ada kelebihan dan kekurangan bile kite menerima kelahiran anak yang banyak seperti nie.

saya nak berkongsi cite sikit tentang masalah kalau kambing beranak banyak nie. selalunya, kalau kambing yang beranak sampai empat, masalah utama anak xcukup susu. kebarangkalian untuk mati tinggi lah. So selalunya, penternak mesti cari sumber susu alternatif untuk tampung susu ibu yang kurang. Langkah terbaik anda boleh amek sikit susu dari ibu kambing yang lain sekiranya ibu kambing tersebut mempunyai lebihan susu. kalau xde terpaksalah beli susu untuk anak kambing kat kedai ternakan. so, kenelah rajin sikit susukan anak kambing tersebut pakai botol susu baby. Pastikan anda xgune botol susu anak anda untuk menyusukan anak kambing baru tue. belilah botol lain.. agak2 lah nak bajet duit pun..hehe.





Selamat ada minah nie tolong susu kan anak2 kambing kat kandang nie. Semoga bakal menjadi ibu yang mithali.:)


Msalah yang kedua ialah tumbesaran anak kambing yang kembar 4 nie slow sikit. lambat membesar berbanding anak kambing yang kembar 2. ini disebabkan kurangnyer susu ibu kambing tersebut. kene lah bagi susu tambahan. Terpakselah kerja lebih sikit...

Tapi secara jujur, seronok lah dapat anak empat nie... bukan selalu dapat....

Tuesday, November 23, 2010

Pejantan Boer Untuk Dijual



Pejantan Boer untuk dijual...

Berat dalam lingkunga 50-60 KG.
Sangat sesuai untuk dijadikan baka. Umur dalam lingkungan 2 tahun 1/2.

Jual sebab nak tukar jantan baru...
sesiapa yang berminat boleh hubungi alif-0138320455

Friday, October 8, 2010

Pembelian Kambing Secara Pukal(Borong)...

Sesiapa yang nak jual kambing secara borong.. boleh contact saya. Saya berminat untuk membeli kambing secara pukal..

Kalau boleh lokasi di sekitar Melaka, Negeri Ssembilan, Dan Johor.

Sila hubungi alif-0138320455.

Thursday, October 7, 2010

Kambing Kampung Betina Habis....


Alhamdulillah.

Sebanyak 30 ekor kmbing betina telah dijual pada 5/10/10.

InsyaAllah kami akan bawa masuk pelbagai lagi baka kambing kambung dan baka-baka yang lain ke kandang kami.


Saturday, September 4, 2010

Induk kambing Kampung



Kami telah membawa masuk sebanyak 20 ekor induk kambing kampung yang berkualiti...
Sesiapayang berminat sila hubungi

rahman-0196874301
alif-0138320455

Harga bagi seekor hanya rm 290....!!!!
Pembelian langsam(borong semua) harga boleh runding...

InsyaAllah kami akan cuba membawa masuk sebanyak mungkin baka-baka kambing kampung untuk anda.

Thursday, July 22, 2010

Kambing Jantan Muda. Hanya RM280 sekor






Salam rakan2 penternak. syarikat kami menawarkn kambing jantan berat dalam lingkungan 15-18 kg untuk dijual.

Sekarang nie stok ada dalam 33 ekor. kambing kacuk .


Amat sesuai kepada yang nak wat projek penggemukkan kambing, pas tue jual.
beli secara pukal, kami boleh bagi diskaun hebat....




Sunday, June 6, 2010

KAMBING DARA MURAH






Price: RM 340

Kambing Dara pelbagai kacuk

6 ekor RM 1980 sahaja
Berat 18-20 kg.
Umur 6-7 bulan.

2 ekor jamnapari
2 ekor boer
1 ekor boer kacuk
1 ekor jamnapari kacuk

KUALITI DIJAMIN BAIK!!
hubungi alif - 013-8320455
rahman- 019-6874301

LOKASI jasin melaka

Wednesday, May 26, 2010

Jualan Kambing Borong






Alhamdulillah..

Stok kambing kampung sebanyank 30 ekor habis dijual sepanjang bulan ini...

InsyaAllah pihak kami akan membawa masuk lagi kambing2 kampung untuk diedarkan kepada penternak dengan harga yang paling minimum..

Wednesday, May 19, 2010

Jualan Lelong Kambing Jantan



6 ekor = RM 1400

Berat sekitar 17kg-20kg
Belum cukup umur.
Umur antara 10 bulan-12 bulan


Sesiapa yang berminat sila hubungi
Alif- 013-8320455

Sunday, April 11, 2010

Tahi Kambing (Emas Hitam)


Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan.. Dalam menternak kambing nie,kadang-kadang market xkonsisten jugak. ada kala banyak permintaan, adakala kurang. Biase ar name pun bisnes kan.

So antara "duit tepi" yang kita ble dapat adalah jualan baja organik hasil daripada tinja kambing nie.. mungkin xlah banyak mane yang kita bledapat, tapi sekurang-kurangnya suku daripada kos pemakanan ternakan tercover jugak ar..

Contoh cam kandang saya nie, kadang-kadang ble dapat dalam rm 100-150 sebulan.(harga seguni dalam RM 3).kambing xbanyak.. dalam 70-80 ekor jer. ada lah jugak kan.daripada buang jertahi kambing tue. tapi kalau korang nak dapat banyak tahi kambing, korang pakselah kambing korang keluarkan banyak tahi tue. hehe.

tinja kambing nie, klu xdapat jual pun, ble jadikan baje kat rumput napier. memang gemuk beb rumput. xcayer cubelah.

Saturday, April 3, 2010

PENJAGAAN ANAK KAMBING


PENJAGAAN ANAK KAMBING


Lahir hingga 3 bulan


• Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.


•Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.


•Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.


•Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.

Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.


Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa


Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.

Wednesday, March 31, 2010

Proses Kelahiran Kambing

Proses Kelahiran Kambing


Ibu sedang menunggu untuk beranak



Kepala Anak Kelihatan Mula Keluar



Ibu berjaya melahirkan anak



Ibu membersihkan lendir


Anak mula menyusu

Saturday, March 6, 2010

Penjagaan Kambing Bunting



Induk bunting di kumpulkan setempat

Bagi induk yang sudah bunting sekitar 3 bulan ke atas, sebaiknya diasingkan dalam petak berasingan daripada induk yang belum bunting. Pengasingan ini akan memudahkan proses penyelenggaraan semasa atau selepas induk beranak.

Pemakanan hendaklah ditambah secara beransur-ansur . Misalnya, palet yang biasanya diberi dalam kadar 300 gram seekor sehari bagi induk yang belum bunting, ditambah secara beransur-ansur ke 400 g dan seterusnya hingga mencapai 500g seekor, bagi induk bunting. Ini untuk memastikan bekalan zat dalam badan sentiasa cukup agar anak yang bakal dilahirkan sihat dan cergas. Selain itu juga ia dapat mengurangkan risiko keguguran anak kambing.

Pemakanan induk bunting perlu diberi perhatian. Sekiranya diberi suplimen sumber tenaga berlebihan, kemungkinan boleh berlaku overeating disorder (pregnancy toxemia) atau ketosis (terlebih gula). Juga boleh berlaku lebihan lemak menyebabkan induk lemah dan sukar melahirkan anak. Pemakanan harus seimbang. Rumput mestilah segar dan berkualiti

Sebenarnya penjagaan induk bunting taklah rumit mane. Kalau boleh elakkan daripada induk daripada stress(sering diganggu) kerana ia mungkin akan menyebabkan keguguran atau kelahiran anak yang lemah.

Friday, February 26, 2010

Antara Tips Membeli Kambing



Bagi membeli kambing untuk dibiakkan dikandang, pelbagai kriteria perlu dipertimbangkan bagi memastikan kambing yang dibeli berkualiti. pada pendapat peribadi saya, sebaiknya belilah kambing betina yang sudah bunting.. so penternak xperlulah nak tunggu lama hasil anak kambing tue..

baru2 ni saya ada beli 4 ekor dara untuk dibiakkan dikandang nie. cari yang dah bunting. alhamdulillah, xsampai sebulan bela, dah dapat hasil. dua daripada ibu dah beranak(gambar di atas). lagi dua ekor bakal beranak dalam dua bulan lagi.

KAMBING AKIKAH UNTUK DIJUAL



kambing akikah untuk dijual

HARGA: RM 450- RM 500

Kambing kacukan kampung

Kami juga menyediakan perkhidmatan sembelihan siap lapah dan cincang.
Tambah RM 50 jer.. siap semua

Sunday, January 31, 2010

Kos Makanan Kambing Naik Lagi...

Salam sejahtera rakan-rakan penternak..

bulan lepas harga untuk makanan ternakan melambung tinggi.. terasa jugaklah walaupun penggunaaan pellet dikandang aku xbyak sangat. selamat lah jumpe sorang member ni dia rekemen kat aku pakai hampas soya yang diambil dari kilang.

apa yang pasti, aku tengok memang jimat.. tumbesaran kambing pun agak agresif.. so bolehlah cube campuran hampas soya ngn pellet kambing.. klu nak info lebih tentang rumusan tue, bolehlah contact aku nanti.. ble lah nak kongsi sikit2 pengalaman yang xseberapa nie.

Kos pemakanan adalah kos utama yang perlu diteliti oleh penternak sebelum memulakan penternakan secara komersil.. skang ni kita tengok macam cendawan tumbuh orang dah mula menternak kambing, tahniah diucapkan.. dan dalam masa yg sama, ramai gak yg tutup kandang.. kebanyakan nye bermasalah daripada kos pemakanan yang tinggi, kes-kes kematian dan macam2 lagilah..

so pandai2 lah nak merancang supaya kos pemakanan dapat dirancang dengan baik......

Tuesday, January 12, 2010

BOER DI KANDANG izzeldeen




ada dalam 20 ekor boer kat kandang aku ni.. tapi kebanyakan baru berumur dalam 8 bulan lebih... purata berat dalam 28 kg keatas..

melahap memang xingat kambing ni... giler kuat.. standard boer lah... makan memang banyak.. sebab tue dia berat. boer ni klu betul2 korang pam dia makan, ble naik sampai 2-3 kilo sebulan..
bergantung pada penjagaan jugaklah.

Dulu aku g kursus, orang cakap susah nak jaga baka boer ni... aku rasa ok jer.. xdelah susah mane pun. same je cam jaga kambing biasa. cuma makan jelah ada lebih sikit... melantak kuat giler.. pape pun bagi aku, if memang kita dah minat ngn kambing, lagi banyak dia makan, lagi seronok kita diwat nyer... bagi lah rumput2 yg sesuai, jgn korang lantak kan dedak jer.. xtahan kos makan beb..

Monday, January 11, 2010

Anak Kambing Untuk di Jual.


Antara anak kambing betina yang ada di ladang kami.


12 ekor anak kambing betina pelbagai kacukan. Ada Kacukan Boer, Kacukan Anglo, Kacukan Jamnapari. Anak kambing cam ni agak laris berbanding yang lain..

Harga : RM 300

Umur : 3 bulan ke atas

Berat : 15 kilo keatas.

Kambing Dara Untuk Dijual


Dara Kacukan Jamnapari: Dua Dari Kanan

ni kambing dara kacukan jamnapari.. cantek beb. Ada dua ekor je lagi.

Harga : RM 450

Berat : 25 Kg keatas.

Umur : 6 bulan lebih sikit.

Jenis : Kacukan Jamnapari.