SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Wednesday, May 26, 2010

Jualan Kambing Borong






Alhamdulillah..

Stok kambing kampung sebanyank 30 ekor habis dijual sepanjang bulan ini...

InsyaAllah pihak kami akan membawa masuk lagi kambing2 kampung untuk diedarkan kepada penternak dengan harga yang paling minimum..

Wednesday, May 19, 2010

Jualan Lelong Kambing Jantan



6 ekor = RM 1400

Berat sekitar 17kg-20kg
Belum cukup umur.
Umur antara 10 bulan-12 bulan


Sesiapa yang berminat sila hubungi
Alif- 013-8320455

Sunday, April 11, 2010

Tahi Kambing (Emas Hitam)


Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan.. Dalam menternak kambing nie,kadang-kadang market xkonsisten jugak. ada kala banyak permintaan, adakala kurang. Biase ar name pun bisnes kan.

So antara "duit tepi" yang kita ble dapat adalah jualan baja organik hasil daripada tinja kambing nie.. mungkin xlah banyak mane yang kita bledapat, tapi sekurang-kurangnya suku daripada kos pemakanan ternakan tercover jugak ar..

Contoh cam kandang saya nie, kadang-kadang ble dapat dalam rm 100-150 sebulan.(harga seguni dalam RM 3).kambing xbanyak.. dalam 70-80 ekor jer. ada lah jugak kan.daripada buang jertahi kambing tue. tapi kalau korang nak dapat banyak tahi kambing, korang pakselah kambing korang keluarkan banyak tahi tue. hehe.

tinja kambing nie, klu xdapat jual pun, ble jadikan baje kat rumput napier. memang gemuk beb rumput. xcayer cubelah.

Saturday, April 3, 2010

PENJAGAAN ANAK KAMBING


PENJAGAAN ANAK KAMBING


Lahir hingga 3 bulan


• Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.


•Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.


•Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.


•Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.

Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.


Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa


Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.

Wednesday, March 31, 2010

Proses Kelahiran Kambing

Proses Kelahiran Kambing


Ibu sedang menunggu untuk beranak



Kepala Anak Kelihatan Mula Keluar



Ibu berjaya melahirkan anak



Ibu membersihkan lendir


Anak mula menyusu

Saturday, March 6, 2010

Penjagaan Kambing Bunting



Induk bunting di kumpulkan setempat

Bagi induk yang sudah bunting sekitar 3 bulan ke atas, sebaiknya diasingkan dalam petak berasingan daripada induk yang belum bunting. Pengasingan ini akan memudahkan proses penyelenggaraan semasa atau selepas induk beranak.

Pemakanan hendaklah ditambah secara beransur-ansur . Misalnya, palet yang biasanya diberi dalam kadar 300 gram seekor sehari bagi induk yang belum bunting, ditambah secara beransur-ansur ke 400 g dan seterusnya hingga mencapai 500g seekor, bagi induk bunting. Ini untuk memastikan bekalan zat dalam badan sentiasa cukup agar anak yang bakal dilahirkan sihat dan cergas. Selain itu juga ia dapat mengurangkan risiko keguguran anak kambing.

Pemakanan induk bunting perlu diberi perhatian. Sekiranya diberi suplimen sumber tenaga berlebihan, kemungkinan boleh berlaku overeating disorder (pregnancy toxemia) atau ketosis (terlebih gula). Juga boleh berlaku lebihan lemak menyebabkan induk lemah dan sukar melahirkan anak. Pemakanan harus seimbang. Rumput mestilah segar dan berkualiti

Sebenarnya penjagaan induk bunting taklah rumit mane. Kalau boleh elakkan daripada induk daripada stress(sering diganggu) kerana ia mungkin akan menyebabkan keguguran atau kelahiran anak yang lemah.

Friday, February 26, 2010

Antara Tips Membeli Kambing



Bagi membeli kambing untuk dibiakkan dikandang, pelbagai kriteria perlu dipertimbangkan bagi memastikan kambing yang dibeli berkualiti. pada pendapat peribadi saya, sebaiknya belilah kambing betina yang sudah bunting.. so penternak xperlulah nak tunggu lama hasil anak kambing tue..

baru2 ni saya ada beli 4 ekor dara untuk dibiakkan dikandang nie. cari yang dah bunting. alhamdulillah, xsampai sebulan bela, dah dapat hasil. dua daripada ibu dah beranak(gambar di atas). lagi dua ekor bakal beranak dalam dua bulan lagi.