SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Friday, July 27, 2012

Ya ALLAH....Bantulah saudaraku....

YA ALLAH.... BANTULAH SAUDARAKU...

Seusai solat subuh berjemaah, aku duduk membelek2 laman sesawang "muka buku".. mencari makanan rohani sebagai bekalan menghadapi ujian berpuasa ari ini...
Terpapar beberapa link video yang memaparkan penindasan saudara seagama ku di Burma yang kini dikenali sebagai Myanmar.. Sedar xsedar mengalir air mata mengenang bagaimana nasib mereka di sana....bagaimana syahdu dan sedihnya suasana sahur mereka, bagaimana dengan juadah berbuka puasa mereka, dengan siapa mereka berbuka(hampir setiap hari saudara mara mereka dibunuh, dirogol diHADAPAN MATA MEREKA!!!!!)

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara



Di sini saya lampirkan link untuk mengetahui secara ringkas apa yg berlaku di sana.
http://www.youtube.com/watch?v=YDkd4nRWIsM&feature=share

Sekadar perkongsian untuk rakan2 ternak.... muhasabah diri. Bukan hanya skadar bersedih..
Malah kita perlu menyumbang wang ringgit untuk membantu mereka... sekurang2nya, berdoalah untuk mereka..

"YA ALLAH, JADIKANLAH PERNIAGAAN TENAKAN AKU INI SALAH SATU SUMBER UNTUK  DANA-DANA UMAT ISLAM.. AMIN YA ROB.......AMIN YA ROB"

Saturday, July 7, 2012

ARNAB untuk Dijual..

Arnab Untuk Dijual

Umur: 4 Bulan

Jantina: Jantan.

Baka: Mix

Harga : RM 70 seekor.
Berminat hubungi saya. Alif:0137777954

Friday, June 15, 2012

Main2 bela lembu...

Baru-baru nie ada bawa masuk 6 ekor lembu jantan ke kawasan saya nie. Kebetulan sebelah umah tue ada padang ragut semak samun.. dari terbiar, baik saya tambat lembu2 nie.. at lis xlah semak sangat sebelah umah tue..

Xperlu modal sangat pun.. makanan tambahan, saya  bagi lebihan hampas soya kambing. dari terbuang, campakkan kat lembu tue.. sapan dia sapu hampas tue..

dalam 3,4 bulan lagi saya jual lah balik lembu nie.. dapat untung sikit2 jadilah..
kawan2 klu ada peluang cam nie, ble lah cuba.. :)

Wednesday, June 13, 2012

Rezki Cuti Sekolah...Biri2 beranak lagi



Sepamjang cuti sekolah nie.. saya menghabiskan masa di sarawak bersama isteri tercinta... 2 mggu x tengok kambing2 kat kampung.. :) terpakelah my partner (ayah tercinta)take over semua keje tue.

Balik jer uma, alhamdulillah dua ekor biri2 selamat melahirkan anak.. kat kandang tue ada hampir 15 ekor yang akan beranak dalam masa terdekat nie... mudah2an semua selamat melahirkan anak...






Antara ibu yg dah bunting di kandang saya....

Sunday, June 3, 2012

Baja Tinja Kambing



Tinja kambing untuk dijual. sangat sesuai untuk tanaman seperti pokok sawit, pokok getah, pokok pisang, pokok buah-buahan, pokok bunga dan lain-lain lagi.

alhamdulillah, setakat nie baja tahi kambing memang terbukti sebagai nutrien tambahan kepada pokok-pokok anda.... 

boleh cuba dulu, harga pun x berapa mahal..:)
RM 3 seguni.. kalau berminat boleh hubungi saya, rahman-0196874301

Tuesday, April 10, 2012

BIRI-BIRI AQEQAH


BIRI-BIRI AQEQAH UNTUK JUALAN.

Alhamdulillah..
Di kandang kami ada 7 ekor biri-biri aqeqah siap sedia untuk dijual.. harga RM 550 seekor.
Ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya rahman: 0196874301/ alif:0137777954.
lokasi jasin kesang tua..

Saturday, March 31, 2012

Anak2 kambing menjamu selera..


Anak-anak kambing nie berumur purata dalam 3 bulan. kambing kacukan n kampung.. saiz mcm tu je lah.. (yg dah bertanduk warna putih tue ibu)
diorang tgah menjmu hampas soya.. alhamdulillah, setiap pagi sy akan bagi depa nie mkn hampas soya campur dedak.. tumbesaran agak membanggakan..
petang sy akan bagi makan daun sawit n rumput2 campuran... kadar kematian amat sedikit.. mayb zat makanan yg mencukupi menyebabkan depa nie dapat membesar dengan sehat.. pape pun semua nie atas izin Allah juga...
Pada rakan2 ternak yg lain, dalam kita berusaha menjaga ternakan kita dgn pengurusan yg baik, jgn lupa juga tawakal dan doa kita kepada Allah yang mengatur segalanya.. InsyaAllah..