SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Thursday, October 11, 2012

Pejantan Kami


 Ni antara pejantan yang ada kat kandang saya... xbesar sangat tapi jadilah untuk nak dinikahkan dengan kambing betina kacukan kat kandang saya nie...













 Yang ni baru dapat... Berat 45 kg.. umur 1 tahun. gigi xsalin lagi lah..













Yang ni pejantan lama... umur 2 tahun lebih.. sangat agresif bile dtg miang dia...
dua-dua ni jinak.. mudah diurus... Semoga menjadi bapak yang soleh kepada anak2 kau nnti... :)



Monday, September 3, 2012

Anak Bebiri Baru Cerai Susu

ni anak biri2 yang baru cerai susu di kandang kami.. umur dalam 3 bulan. ada dalam12 ekor semuanya... biri2 kacukan. saiz xlah besar cam biri2 import.. tapi still ok lagilah...

Permintaan stok biri2 agak memberangsangkan semenjak 2 menjak nie.. so harap2 pelapis nie dapat membesar dengan sihat dan kuat!!.. nk cari stok luar susah jugak nak dapat... lagi2 kalau yang jantan..

dalam 12 ekor nie, empat daripadanyer jantan.. yg len betina...


Tuesday, August 28, 2012

Kambing Dara Kacukan kampung - RM 350





Ada 11-13 ekor kambing dara kacukan dari ladang lami..
saya jamin semua kambing nie kualiti yang baik.. bulu licin, badan bulat2.....
umur 9-10 bulan..baru dinikahkan ngn pejantan dalm bulan nie...
Sangat sesuai untuk penternak yang baru nak menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing....

Dijemput datang kandang tengok dulu barang..
harga RM 350 sekor.. beli langsam boleh lah citer harga sikit..

Berminat hubungi saya: 0196874301

Tuesday, August 21, 2012

Lembu Betina Murah.. Hanya 650 sahaja.

Salam selamat hari raya kepada semua raka ternak.. semoga hari kemenangan yang diraikan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan kita sepanjang berada dalam madrasah ramadhan...

Kat sini saya offer kepada rakan ternak.. lembu dara betina. umur dalam 7-9 bulan..

2 Ekor hanya RM 1300 (harga tetap...)

Lembu ni dah biasa bertali.. tuann boleh tambat jer lembu di kat tempat yang ada rumput. bukan pakai modal sangat pun ternak cara cam nie.. tau2 dah besar je lembu tue... cume bagilah makanan tambahan sikit kat lembu nie...

Sebab jual.. saya nak bela lembu jantan jer. pembelian yang berbaloi...sangat sesuai kepada yg baru nak mula menternak..

Hubungi rahman:0196874301

Lembu Baru Di Kandang Kami





Friday, July 27, 2012

Ya ALLAH....Bantulah saudaraku....

YA ALLAH.... BANTULAH SAUDARAKU...

Seusai solat subuh berjemaah, aku duduk membelek2 laman sesawang "muka buku".. mencari makanan rohani sebagai bekalan menghadapi ujian berpuasa ari ini...
Terpapar beberapa link video yang memaparkan penindasan saudara seagama ku di Burma yang kini dikenali sebagai Myanmar.. Sedar xsedar mengalir air mata mengenang bagaimana nasib mereka di sana....bagaimana syahdu dan sedihnya suasana sahur mereka, bagaimana dengan juadah berbuka puasa mereka, dengan siapa mereka berbuka(hampir setiap hari saudara mara mereka dibunuh, dirogol diHADAPAN MATA MEREKA!!!!!)

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara



Di sini saya lampirkan link untuk mengetahui secara ringkas apa yg berlaku di sana.
http://www.youtube.com/watch?v=YDkd4nRWIsM&feature=share

Sekadar perkongsian untuk rakan2 ternak.... muhasabah diri. Bukan hanya skadar bersedih..
Malah kita perlu menyumbang wang ringgit untuk membantu mereka... sekurang2nya, berdoalah untuk mereka..

"YA ALLAH, JADIKANLAH PERNIAGAAN TENAKAN AKU INI SALAH SATU SUMBER UNTUK  DANA-DANA UMAT ISLAM.. AMIN YA ROB.......AMIN YA ROB"

Saturday, July 7, 2012

ARNAB untuk Dijual..

Arnab Untuk Dijual

Umur: 4 Bulan

Jantina: Jantan.

Baka: Mix

Harga : RM 70 seekor.
Berminat hubungi saya. Alif:0137777954