SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Wednesday, November 24, 2010

Kambing Beranak Kembar Empat




Alhamdulillah. baru2 nie kandang kami menerima kelahiran anak kambing kembar empat.

Jarang2 kelahiran kembar empat jadi kat kandang nie.
Sekadar perkongsian... ada kelebihan dan kekurangan bile kite menerima kelahiran anak yang banyak seperti nie.

saya nak berkongsi cite sikit tentang masalah kalau kambing beranak banyak nie. selalunya, kalau kambing yang beranak sampai empat, masalah utama anak xcukup susu. kebarangkalian untuk mati tinggi lah. So selalunya, penternak mesti cari sumber susu alternatif untuk tampung susu ibu yang kurang. Langkah terbaik anda boleh amek sikit susu dari ibu kambing yang lain sekiranya ibu kambing tersebut mempunyai lebihan susu. kalau xde terpaksalah beli susu untuk anak kambing kat kedai ternakan. so, kenelah rajin sikit susukan anak kambing tersebut pakai botol susu baby. Pastikan anda xgune botol susu anak anda untuk menyusukan anak kambing baru tue. belilah botol lain.. agak2 lah nak bajet duit pun..hehe.





Selamat ada minah nie tolong susu kan anak2 kambing kat kandang nie. Semoga bakal menjadi ibu yang mithali.:)


Msalah yang kedua ialah tumbesaran anak kambing yang kembar 4 nie slow sikit. lambat membesar berbanding anak kambing yang kembar 2. ini disebabkan kurangnyer susu ibu kambing tersebut. kene lah bagi susu tambahan. Terpakselah kerja lebih sikit...

Tapi secara jujur, seronok lah dapat anak empat nie... bukan selalu dapat....

No comments:

Post a Comment