SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Tuesday, January 23, 2018

Bekalan Benih Napier

Abang kita sedang gigih menggali longkang

 Daripada gambar, memang nampak jelas petugas kami sedang membuat longkang.Tapi untuk apa???

Sudah pastilah untuk rumput special kami iaitu rumput napier.

Kerjasama kena kuat dalam ladang
Kalau kebiasaannya orang nak tanam sayuran atau pokok, kita akan buat batas, tapi untuk napier ini istimewa sikit sebab kami kena buat longkang.

Lihat pada gambar, kami menanam napier di kawasan yang lapang dan memang sebelum ini kami tanam napier.

 Kawasan ini dikira penanaman semula selepas napier yang lepas disemai sampai licin.

Memang mudah sebenarnya nak tanam napier ini.

 Bayangkan kalau rumput yang dekat belakang rumah boleh tumbuh sendiri tanpa dibaja atau disiram begitu juga dengan napier ini. Almaklumlah, napier pun sebahagian daripada keluarga rumput.

Lagilah segar-bugar dan menghasilkan nutrien yang tinggi jika dibaja dan dijaga. Untuk kambing yang berKUALITI, apa-apa shaja kami sanggup.

Susunan kena memanjang supaya cantik tersusun
Cuba tengok gambar yang ketiga. Selepas selesai membuat longkang, kami susun benih napier dalam longkang secara memanjang.

Kemudian kami akan timbuskan dan membaja menggunakan baja semula jadi iaitu tinja kambing.

Mudah bukan?? Selepas itu tunggulah untuk disemai dalam 3 ke 4 minggu.

Setiap apa yang kami lakukan di ladang kami memang kami lakukan untuk memastikan kambing-kambing kami mendapat bekalan makanan yang berkhasiat.

Jika ada sesiapa yang berminat nakkan benih napier ke atau tinja kambing, boleh je terus hubungi nombor yang kami selitkan bawah nanti

Nak tanya sebarang isu mengenai napier ke kambing AKIKAH.KORBAN ke atau tinja kambing pun insyaAllah kami akan layan anda.

Macam biasa lah. Ingat Kambing ingat SH Agrofarm!!!! kerana kami menyediakan kambing AKIKAH/KORBAN   dengan harga memang TAK PERCAYA mulai RM59khas untuk pelanggan kami.

Bukan seorang atau dua orang sahaja yang berpuas hati dengan SERVIS TIPTOP kami tapi tidak dapat dibilang dengan jari tangan termasuk jari kaki.

Silakan untuk Hubungi:
 EN Alif (013 7777 954)
En Rahman 019 687 4301






No comments:

Post a Comment