SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Sunday, January 14, 2018

Servis Penghantaran Khas


Assalamualaikum wbt.

Hari ini, alhamdulillah kami telah menghantar daging kambing yang dicincang kepada MADRASAH di sekitar bandar JASIN. Daging kambing tersebut adalah pemberian daripada pelanggan kami yang berniat untuk berkongsi apa yang mereka ada.

 Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberi peluang kami menjejakkan kaki ke kawasan madrasah tersebut. Tak disangka, ramai juga pelajar-pelajar madrasah di sekitar Jasin.

 Sepanjang pengalaman kami dalam perniagaan menjual kambing ini, banyak juga pelanggan kami yang memilih untuk MENGINFAKKAN sebahagian yang mereka ada untuk dihadiahkan kepada rumah anak yatim serta madrasah-madrasah yang berdekatan.

Adalah satu perkara yang disukai oleh Allah apabila hambaNya memilih untuk membelanjakan harta dan jiwanya kepada perkara kebaikan insyaAllah dengan memastikan niat ibadah kerana Allah semata-mata.

Demi menjaga dan memenuhi hajat pelanggan, kami juga menyediakan SERVIS PENGHANTARAN KHAS!!!  daging kambing yang dicincang ke tempat yang kami sebutkan seperti diatas.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan memasak di mana daging yang dicincang akan terus dimasak dan dihantar siap ke rumah pelanggan.

PAKEJ MEMASAK yang disediakan amat berbaloi dan rata-rata pelanggan kami berpuas hati dengan masakan tersebut.

Antara menu yang diseiakan ialah KARI kambing, ACAR DARAT dan lain lagi mengikut permintaan anda.

Selain memasak, tak lupa juga kami menyediakan khidmat KAMBING GOLEK bagi mereka yang ingin membuat tempahan semasa MAJLIS KAHWIN atau FAMILY DAY.  
Insyaallah tenaga kami adalah TIPTOP. Pasti tidak mengecewakan.

Jangan ragu-ragu untuk menempah kerana kami akan cuba sedaya kami untuk memastikan bekalan yang secukupnya untuk pelanggan kami.

Yang tiada insyaAllah kami akan adakan dengan memikirkan pelbagai alternatif demi KEPUASAN anda.

InsyaAllah...pada pelanggan yang mmpunyai HAJAT yang sama atau inginkan kambing AKIKAH!!!. boleh terus hubungi :


En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301

No comments:

Post a Comment