SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Wednesday, January 17, 2018

Prosedur Penanaman Napier


Untuk menghasilkan kambing yang BERKUALITI dan SIHAT,  penjagaan yang rapi dari segi pemakanan, tempat tinggal dan pemerhatian susulan memainkan peranan yang penting.

Seperti kambing-kambing dari ladang kami, kami memilih untuk mempelbagaikan jenis makanan supaya kambing kami mendapat nutrien yang secukupnya.

Salah satu tumbuhan yang kami kisar dan campurkan beserta makanan lain ialah daun napier.

 Daun napier ini merupakan sejenis rumput yang diimport dari Australia juga dikenali sebagai Pennisctum Purpureum. Daun ini mengandungi protein yang tinggi dan sekaligus memberi manfaat pada proses pertumbuhan daging.

Ladang kami mempunyai kawasan yang kami tanam khas untuk penanaman daun napier ini. Penanaman daun ini tidak memerlukan modal dan tenaga yang banyak malah daun ini banyak menjimatkan kos pemakanan kambing kami.

Di sini kami suka untuk berkongsi tentang prosedur yang kami lakukan untuk penebangan beserta penanaman napier dan memastikan kesegarannya.

1.Daun napier yang segar dan tersedia ada akan ditebang mengikut kuantiti yang diperlukan. Kami akan memotong setinggi mana bahagian kerasnya kerana bahagian yang diperlukan hanyalah bahagian yang lembut sahaja.

2 Apabila sudah di ambil bahagian napier yang segar dan lembut, bahagian bawahnya akan kami mesin untuk menanam yang lain.


3. Selepas mengemaskan kawasan tersebut, kami akan menabur tinja kambing khas  dari bawah kandang kambung kami untuk memastikan kesuburan tanah.

4.Kemudian, pertumbuhan daun napier yang seterusnya mengambil masa selama 3 ke 4 minggu. Barulah boleh ditebang untuk bekalan makanan kambing kami.



Jadi...sebarang pertanyaan atau berkeinginan mendapatkan kambing yang THE BEST dari ladang kami atau sebarang tempahan samada untuk digolek,cincang atau siap masak kari, sila hubungi:

En Alif 013 7777 954
En Rahman 019 687 4301

No comments:

Post a Comment