Penyediaan palong adalah sangat penting supaya dapat mengurangkan persaingan antara kambing-kambing semasa memberi makan di dalam kandang.
Setiap hari kami akan memberi makanan kepada kambing di ladang mengikut masa yang telah ditetapkan.
Semasa memberi makan, kami akan memerhatikan supaya semua kambing mendapat makanan secukupnya.
Jika kami perhatikan setiap kumpulan kambing mempunyai kambing yang dominan dan ada juga yang dimonopoli.
Dimonopoli yang dimaksudkan kami adalah apabila kami sedang memberi makanan, kambing yang lebih besar dan agresif akan makan bahagian mereka dan apabila sudah habis, kambing yang agresif ini akan memakan bahagian kambing yang lebih kecil dan pasif.
Penyediaan palong yang secukupnya memainkan peranan yang penting jika mahukan kambing yang GEMUK dan SIHAT.
Setiap hari, kami akan memastikan palong yang tersedia ada pula dalam keadaan baik. Jika terdapat palong yang sudah rosak, kami akan membaikinya.
Sebab itulah walaupun hanya palong makanan tetapi peranannya sangat penting dalam menghasilkan kambing yang TERBAIK untuk pelanggan kami.
Dapatkan sekarang kambing dari kami samada untuk dibuat AKIKAH, GOLEK atau MASAK SIAP KARI pun boleh. Semuanya atas permintaan anda sahaja dan hubungi :
En Alif : 013 7777 954
En Rahman : 019 687 4301
No comments:
Post a Comment