SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Monday, January 15, 2018

Ibadah Akikah


Sudah menjadi lumrah jika setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga menginginkan anak sebagai penyeri kehidupan.

Lihat sahaja di sekeliling kita, terdapat pasangan yang baru sahaja berkahwin terus mendapat berita gembira akan bakal kehadiran si bayi .
Terdapat juga pasangan yang tunggu bertahun-tahun menanti berita gembira itu.

Sebab itulah, apabila kita menyambut kelahiran anak yang tercinta, kita akan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.

Dengan melakukan ibadah akikah, kita berpeluang menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kita.

Meh kami mahu kongsikan serba sedikit mengenai ibadah akikah itu yang dipetik dari telegram ustaz al-rais.

"Secara literal, maksud aqiqah ialah memutuskan.

 Daripada sudut syara’, maksudnya ialah menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah.

 Hukum aqiqah adalah khilaf di kalangan ulamak.
 Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat).
 Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.

Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. 

Majoriti menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 



Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadis, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor kambing sahaja.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. 
Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. 
Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. 
Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.."
#copypaste dari telegram ustaz al-rais

Jika tuan/puan menginginkan kambing akikah dari harga serendah RM590 dan berkualiti BAIK, insyaAllah terus hubungi :

En Alif (013- 7777 954)
En Rahman (019-687 4301)

No comments:

Post a Comment