SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Monday, January 22, 2018

Efektif Mikroorganisma Hilangkan Bau


Pembinaan kandang kambing yang tinggi dari bawah tanah sangat penting untuk memastikan pengudaraan yang baik dan penyediaan ruang untuk tinja kambing sebelum tinja tersebut digunakan untuk penanaman napier.

Pengudaraan yang baik dapat mengelakkan pencemaran udara dan dapat mengelakkan haba atau wap panas naik ke atas yang menyebabkan ketidakkeselesaan kepada kambing

Apabila bercerita mengenai pencemaran udara,  gas metana yang datang dari tinja kambing akan meresap ke dalam udara dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau ini boleh tersebar ke persekitaran terdekat dan menyebabkan gangguan kepada jiran-jiran terdekat.

Kami memilih EFEKTIF MIKROORGANISMA(EM) sebagai solusi kepada masalah bau ini.

EM ini menggunakan teknologi gabungan beberapa jenis mikroorganisma yang bertindak untuk membendung penghasilan gas metana ini.

Petugas kami akan menyembur EM ini di persekitaran ladang kami dan kadang-kadang kami menggunakan EM ini di kawasan tanaman napier kerana EM juga banyak kegunaan pada kesuburan tanah.

Teknologi asal daripada Jepun ini sebenarnya telah menyumbang banyak dalam dunia penternakan dan agrikultur.

Alhamdulillah, sepanjang kami menternak bebiri dan kambing kampung, kami tidak pernah mendapat aduan daaripada penduduk setempat.

Sedikit sebanyak EM ini sebenarnya banyak membantu dalam menghilangkan bau yang kurang sedap ini  ditambah pula dengan penjagaan persekitaran di kawasan kandang kami.

Persekitaran yang baik sebenarnya antara faktor yang penting yang kami ketengahkan kerana kami ingin menghasilkan kambing-kambing yang SIHAT membesar dalam persekitaran yang TIPTOP.

Kerana itulah penting jika anda memilih kambing dari ladang kami kerana kami memang berusaha  yang TERBAIK untuk kepuasan pelanggan kami.

Dapatkan kambing samada untuk dibuat AKIKAH/KORBAN yang THE BEST dari ladang kami dan terus hubungi :
En Alif (013 7777 954)
En Rahman (019 987 4301)





No comments:

Post a Comment