SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Friday, January 12, 2018

LABOUR ROOM KAMBING....

KAMBING BETINA YANG SEDANG BUNTING
 Pembinaan kandang kambing memerlukan perancangan yang teliti dan PENYEDIAAN RUANG yang SELESA untuk mengasingkan setiap kumpulan kambing-kambing yang ada.

Dalam ladang kami, terdapat kumpulan kambing jantan, betina yang bunting, anak-anak kambing yang masih kecil dan terdapat juga yang sudah mampu berdikari serta kambing dara yang diperlukan untuk perbanyakkan lagi kuantiti kambing yang tersedia.

Pengasingan setiap kumpulan kambing ini penting atas beberapa FAKTOR dan mengikut keperluan tersendiri.

LABOU ROOM YANG DIMAKSUDKAN
Sebagai contoh, ladang kami mengasingkan kambing betina yang bunting di dalam ruang yang khas yang kami labelkan sebagai LABOUR ROOM kerana kambing yang BUNTING memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan susulan dari hari ke hari.

Hal ini kerana, kambing-kambing ini BERISIKO mengalami masalah keguguran, anak kambing yang mati di dalam kandungan dan kesulitan semasa proses melahirkan anak seperti tersekat.

Ruang yang khas diperlukan supaya pengurusan kambing ini lebih EFFEKTIF samada semasa bunting atau selepas melahirkan anak kambing.

Selain itu, kambing betina yang bunting memerlukan NUTRISI dan keperluan yang KHAS.

Dengan pengasingan ini, mudah bagi kami untuk membekalkan kambing ini dengan makanan yang mencukupi dengan kuantiti berdasarkan bilangan kambing yang terdapat dalam ruang tersebut dan kami dapat memberi makanan yang kami gaulkan khas dengan NUTRIEN TAMBAHAN.

Cepat!!Cepat!!Jangan lambat-lambat.... Dapatkan kambing akikah TERBAIK DARI LADANG kami dan terus hubungi dalam talian :
Encik Alif 013 7777 954
Encik Rahman 019 687 4301


No comments:

Post a Comment