SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Monday, January 15, 2018

Baka Kambing Jantan Terbaik

Ladang kami menggembala kambing majoritinya BEBIRI dan menjadikan kambing KAMPUNG sebagai penghuni yang minoriti.

Untuk menghasilkan sekumpulan kambing yang BERKUALITI dan TERBAIK, kami memerlukan penjantan yang memenuhi kriteria yang diinginkan.

Pemilihan kambing penjantan bergantung pada tujuan penggembalaan kambing.

Terdapat jenis penjantan yang diperlukan untuk menghasilkan jenis kambing yang menghasilkan susu yang banyak atau daging yang padat ataupun juga  bulu yang banyak untuk dibuat benang atau pakaian.

 Seperti ladang kami, fokus kami adalah kambing yang menghasilkan daging yang PADAT dan GEMUK.

Hal in kerana, bisnes utama ladang kami adalah untuk membekalkan daging yang berkualiti untuk dicincang, golek atau sebagai bekalan baka bagi yang berkeinginan untuk memulakan perniagaan kambing.

 Jadi ia amatlah penting untuk kami memastikan baka kambing kami daripada baka yang dapat menghasilkan mutu yang TIPTOP !!! 

Kami akan mendapatkan penjantan yang mempunyai ciri-ciri yang THE BEST dari segi daging dan pertumbuhan yang baik kerana faktor ini memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan anak-anak kambing yang memenuhi kepuasan pelanggan kami.

Sebab itulah proses mengawankan kambing betina yang sudah matang dengan penjantan yang MASKULIN memerlukan perancangan yang rapi.

Dapatkan dengan segera kambing yang MASKULIN dan SADO dari ladang kami.

Bolehlah terus hubungi :
En Alif (013 7777 954)
En Rahman ( 019 687 4301)


No comments:

Post a Comment