SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Saturday, January 20, 2018

Lawatan Pelajar Universiti Ke SH Agrofarm


Setiap tahun, ladang kami akan menerima kunjungan daripada beberapa buah universiti awam seperti UITM Lendu, USIM ataupun UKM Bangi.

Kebiasannya tujuan kunjungan mereka adalah sebagai projek berkumpulan yang ditugaskan oleh pihak universiti untuk menemu-ramah mengenai modus operandi syarikat kami.

Semasa berkongsi pengalaman kami kepada pelajar-pelajar ini, sebahagian daripada mereka menyatakan kehadiran mereka ke ladang kami telah menyuntik semangat mereka untuk terus menimba ilmu dan maju dalam kos 'business agriculture' ini .

Alhamdulillah, walaupun tidak menyumbang banyak tapi kami berharap sedikit perkongsian daripada kami dapat menjadi titk penolak kepada kejayaan mereka kelak.InsyaAllah.

Antara pelajar-pelajar UA yang menemu-ramah pengurus kami En Alif
Dalam memulakan perniagaan sesuatu bidang, ilmu dan pengalaman sebenarnya tersangatlah penting.

Bagi pendapat kami, tiada istilah "TRY & ERROR" dalam dunia berbisnes ini terutamanya bidang penggembalaan kambing ini.

Hal ini kerana, dalam berbisnes persediaan dan perancangan yang rapi menjadi penentu samada kita boleh berjaya atau tidak.

Kami merasakan bahawa amat wajar apabila sesetengah anak bangsa kita memilih untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang  bisnes, pertanian mahupun penternakan kerana mereka memilih untuk menceburi bidang yang dapat membuka mata mereka untuk memulakan bisnes terutamanya dalam penternakan mahupun perladangan.

Selepas mereka sudah menamatkan pengajian, graduan ini akan lebih berkeyakinan untuk menggenggam "THE FLOATING OPPORTUNITIES" dalam dunia berbisnes ini.




Seperti syarikat kami, kami memilih untuk memastikan pelaksanaan bisnes kambing AKIKAH ini dimulakan dengan nawaitu yang betul beserta ILMU  yang mencukupi demi mendapatkan kualiti kambing AKIKAH/KORBAN yang THE BEST dan memenuhi keperluan pelanggan.

Dapatkan kambing AKIKAH/KORBAN TERMURAH mulai RM590 dari kami dan terus hubungi:
 En Alif -013 7777 954
En Rahman 019 687 4301







No comments:

Post a Comment