SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Saturday, January 27, 2018

Antara cabaran penternak kambing


Kami setuju dengan pepatah "langit tak selalu indah" sebab kami sendiri melalui saat-saat mendung sepanjang kami menternak. Bukan sekali tapi cukuplah untuk membuatkan kami lebih matang dan redha dalam penternakan kambing ini.

Contohnya, anak kambing yang baru lahir dan kemudian mati untuk beberapa harinya.

Kalau ikutkan perasaan kami mestilah gembira kerana menerima ahli baru dalam kandang kami tapi tiba-tiba sahaja anak kambing tersebut mati. Sedih jugalah kami tapi kami kena redha.

Kadang-kadang ada yang mati sebab kena pijak atau pun tersepit dan ada juga yang mati sebab lain yang tidak diketahui.

Tapi kami muhasabah dalam diri kami bahawa setiap yang hidup itu pasti mati.Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa. Wallahualam.

Cerita lain pula kematian ibu yang baru melahirkan anak
.Dalam gambar ini ialah anak kambing yang kematian ibu.

Dahlah kematian ibu, tak dapat susu pulak tu.
Time tu selamat la kami dikurniakan anak muda yang baik hati meminjamkan@bagi terus botol susu mereka kepada anak kambing itu. Ada juga botol yang kami beli.

Hikmah di sini, dapatlah semai perasaan keibuan dalam diri bila tengok anak kambing tiada ibu ini dan dapat juga kami mendidik bakal peneraju SH Agrofarm supaya berkasih sayang sesama makhluk.Alhamdulillah.
Menyusukan anak kambing di tengah malam

Setakat menyusu guna botol, kami kena pegang botol.

Bayangkan kalau ibu yang hidup tapi belum pandai menyusukan anak .

Kebiasaannya yang pertama kali dapat anak.
Memang kami lah yang kena pegang ibu kambing untuk disusukan kepada anaknya yang baru lahir.

Cabaran lain pulak ialah kambing tersepit di celah-celah kayu kandang.

Macam kami pernah sebut sebelum ini, penambahbaikan dan membaiki kandang yang rosak sangat penting untuk mengelakkan kambing tersepit.

Kalau kambing yang tersekat dibiarkan, kambing tersebut boleh mati kerana kesakitan yanag melampau atau juga patah kaki dan pendarahan yang boleh menyebab
kambing itu lemah.

Yelah, kalau kita manusia pun minta ubat tahan sakit kalau sakit gigi ini kan kalau patah tulang.

Renung-renungkan dan selamat beramal.hehehe

Setakat tersepit tiada masalah sangat jika pada siang hari tapi bayangkan kalau pada tenghah malam pukul 2 ke 3 pagi. Bayangkanlah dengan angin sepoi bahasa dan mata yang berat mengantuk.

Inilah cabaran bila menternak.

Bukan setakat campak makanan dan air sahaja.

Lepas itu biarkan dan kita pun masuk rumah tidur ke buat rutin kita seperti biasa tapi menternak kambing ini memerlukan pemerhatian yang teliti.

Penternak yang bijak ialah penternak yang dapat mengatasi setiap masalah dalam dunia penternakan tetapi penternak yang betul-betul bijak apabila menjadikan penternakan kambing itu sendiri
sebagai medium untuk melatih diri menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan bersyukur.


Jadi, sebarang tempahan kambing akikah/korban, sila hubungi 
En Alif 013 7777954
En Rahman 019 687 4301

No comments:

Post a Comment