SH AGRO FARM SDN. BHD.

SH AGRO FARM SDN. BHD.

Thursday, January 25, 2018

Hampas Soya Untuk Kambing Kami



Masa awal-awal kami menternak, kami hanya menggunakan dedak, daun sawit dan beberapa bahan lagi untuk diberikan pada kambing kami.

Selepas beberapa bulan, kami cuba menggunakan HAMPAS SOYA dalam pemakanan kambing kami dan ternyata hasil nya memang puas hati.


Mula-mula cuba tu macam ragu-ragu jugaklah sebab dengan bau yang bukan macam air kotak YEOS soya tu(seperti semua maklumla terutama yang menggunakan soya untuk menternak kambing).

Tapi bila pertama kali letak dalam palong makanan kambing, memang berebut-rebut la kambing kami menjamu.

Kira kalau ikutkan macam kita ni dapat sambal belacan dengan sambal tempoyak.Mungkinlah sesuai perbandingan kami.

Selepas beberapa minggu menggunakan hampas soya ini, nampak perubahan pada kambing kami memang ketara.

Memang jelas saiz dan berat kambing meningkat lebih daripada biasa semasa kami gunakan bahan selain soya. 

Mana taknya, kandungan protein dan carbohydrate dalam hampas soya memang tinggi.

Usha la sendiri kambing yang kami ternak memang gemuk dan sihat. Nak datang melawat mehla tengok sendiri stok hampas soya dan lain-lain lagi.


Apa lagi, kalau nak kmbing GEMUK dan SIHAT untuk dibuat AKIKAH/KORBAN, hubungi terus pada nombor yang berikut:
En Alif : 013 7777 954
En Rahman : 019 687 4301

2 comments:

  1. Tuan. Kalau hampas soya masam. Boleh bagi makan atau ada cara lain yg boleh digunakan untuk hilang kan bau??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan. Hampas soya yg masam takde masalah. Cuma jika baunya terlalu kuat, bolehlah campurkan dgn sedikit EM (Effective Microorganism). EM tu sendiripun ada kandungan nutriennya.

      Delete